Kali ni nak cerita tentang hari kami yang keseterusnya di Chiangmai. Setelah kepenatan kelmarin seharian mengikuti trip ke Golden triangles, rasenya hari ni just pusing-pusing Chiangmai dengan motor jer sebelum tiba masa check out untuk perjalanan seterusnya ke Bangkok pula. Hari ni kami cuba cari sebuah motor untuk di sewa, alhamdulillah dapat sebuah motor untuk di sewa dengan kos 300 bath selama 24 jam. tapi kami guna sekerat hari sahaja sebab pukul 3.00 nak bertolak ke stesyen bas dah.
Setelah dapat motor mulalah ronda pusing Chiangmai. Rasenya naik motor kat Chiangmai ni tak susah mana jalannya. Yang penting kene ada map jugak di tangan supaya kita tahu mana nak pergi. Destinasi pertama kami ialah ke "Tha Phae Gate". Pintu gerbang Tha Phae ni ada sejarahnya yang tersendiri. Pada hari Ahad malam Isnin kat sini ada sebuah pasar malam yang besar sekali sampai melimpah-limpah jalan. Kalau jalan kaki tu rasenya penat kaki tu berjalan, tak jumpa-jumpa lagi penghujungnya. Setelah bergambar lebih kurang kami bergerak ke destinasi seterusnya pusing-pusing kota Chiangmai.
Destinasi seterusnya ke Lanna Folklife Museum, kami tak masuk pun just sekadar bergambar kenangan sahaja. Pusing-pusing lagi sampai balik ke hotel kami. Sebenarnya jalan di Chiangmai ni kita semacam membuat satu pusingan sahaja dan saya rase kita tak akan sesat jika kita lihat pada papan tanda di jalan. Dalam dok pusing-pusing tu kami jumpa sebuah jambatan besi yang merentasi sebuah sungai di Chiangmai ni. Jambatan ni sedikit unik membuatkan kami terasa untuk berhenti untuk mengambil gambar. Seterusnya kami bergerak ke stesyen keretapi chiangmai. Just bergambar kenangan kat sini.
Selesai makan terus menuju hotel balik dan ambil teksi untuk ke stesyen bas Arked Chiangmai. Perjalanan kami ke Bangkok pada jam 6.00 petang dan dikatakan akan mengambil masa 13 jam. Aduh masak sekali lagi punggung ni nanti. Nasib baik perjalanan pada sebelah malam. Pejam celik, pejam celik sampailah nanti. Kos tiket dari Chiangmai ke Bangkok kalau tak silap aku adalah 650 bath.