N3 kali ini mungkin lari dari kebiasaan hobi2ku sebelum ini. Mungkin bagi yang biasa melayari blog ini akan perasan bahawa ini adalah entry pertamaku sebagai seorang Runner. Ya betul kali ini aku telah beralih arah dari seorang peminat Cycling kepada seoarang pelari Marathon. Semuanya ini bermula pada bulan Februari 2016 dimana aku bermula dengan hanya training biasa jogging sekitar Kem tempatku kerja. Dari dua kilometer ke tiga kilometer dan seterusnya aku up sikit demi sedikit.
Mulanya aku tidak register mana-mana event lagi. Event pertama hanya pada bulan Mei 2016. Lama juga masa untukku mencuba untuk adapt kan diri dengan dunia larian. Hinggalah tiba masa yang dinanti pada event pertama iaitu Fir Malaysia Penang pada Mei 2016. Aku register hanya event berjarak 10 km sahaja. Alhamdulillah dari event tersebut aku melangkah dari satu event ke event yang lain.Event pertama sahaja telah membuat aku jatuh cinta pada dunia larian. Minggu berikutnya aku berlari pula di Perlis Marathon juga 10 km. Perlis Marathon ni merupakan event International dimana kat sini aku dapat lihat ramai runner2 hebat.
Selepas itu, aku daftar lagi event seperti BM Run, Garmin Run, Penang Run, SCI Penang Run,Larian Belia Malaysia, USM Run. Semua ni event 10 km. Aku daftar banyak event untuk terus memotivasikan diri untuk terus training.
Dari sini aku mencuba pula event trail iaitu Compresssport Penang 25 km. Alhamdulillah berjaya habiskan dalam masa 4 jam 35 minit. Memang azab rasanya masa tu untuk habiskan larian.
Setelah selesai acara ini aku kini mula mencuba pula event yang lebih besar iaitu Half Marathon 21 km. Mula2 nak daftar tu macam2 pikir, boleh ker aku nak habiskan larian ni. Tapi kata orang kalau tak mencuba mana nak tahu.
Event pertama Half Marathon ialah di Raintown Taiping pada bulan Ogos. Alhamdulillah berjaya selesaikan misi ini. Tak terasa sangat seksanya, tapi banyak kali jugaklah berhenti semasa larian untuk berehat. Half Marathon pertama ini akau berjaya habiskan dalam masa 2 jam 20 minit. Aku rasa selesa, dan dari sini aku teruskan event Half Marathon di SP Half Marathon pada bulan September pula. Kali ini masa ku lebih baik sedikit iaitu 2 jam 14 minit.
Kini aku tak menoleh ke belakang lagi, mana2 ada event Marathon yang berdekatan Penang akan ku daftar. Event Half Marathon seterusnya ialah di Penang Run Island Series. Kali ini PB aku lebih baik iaitu 2 jam 7 minit. Memang masa diluar jangkaan bagi seorang newbie macam aku. Tapi jauh lagilah kalau nak banding ngan otai2 diluar sana dimana depa ni 1 jam 20 minit dah boleh habis 21 km ni.
Evevnt terbesar dan kemuncak ku ialah BDB Marathon Jitra pada 12 November ni dimana aku telah register FM Marathon pertama berjarak 42 km. Macam2 datang dalam kepala ni. Macam mana nanti keadaannya. Bolehkan aku, laratkah aku. Tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...
Semangat mesti kuat, hati mau kental, Mental mau tahan.