Saturday, November 15, 2014

Busten....chalet dalam bas


 Pernah dengar pasal Bustel tak... Mulanya aku pun pelik apa la banyak sangat bas dok berderet kat sepanjang pantai Klebang Melaka. Ada pesta pantai kut. Jadi utk dapat kepastian aku pun mengajak rakan utk masuk ke kawasan sekitar bas tersebut.
 Bila sampai kat kawasan bas tersebut..tgk2 rupanya semua bas2 lama...Bas lama telah diubahsuai menjadi chalet2 penginapan. Letaknya di dataran 1Malaysia.di kawasan pantai Klebang Melaka.
Kadar sewaan antara RM 80 ke RM 120 semalam.
Nampak buruk diluar tapi kat dalam tu nampak selesa jugak. Dilengkapi dgn bilik air dan katil. Amat sesuai utk sebuah keluarga.
 Inilah deretan bas2 yg telah dijadikan chalet oleh kerajaan negeri Melaka yg telah mengambilalih semua pengurusan bas2 lama.
Memang nampak menarik apabila semua bas-bas lama tersebut telah diubahsuai menjadi chalet-chalet di sepanjang pantai Klebang.


 
Untuk membuat tempahan disini boleh berurusan terus di kaunter Office bas yang tersedia di kawasan chalet tersebut.

Bukan setakat dijadikan chalet tapi juga bas-bas lama ini dijadikan restoren dan kedai-kedai makan serta tempat menjual souvenier.



Sunday, September 21, 2014

Tasik Thale Noi, Tasik Teratai terbesar di Thailand.....


Kunjungan seterusnya kami selepas ke Koh Lanta ialah mengunjungi tasik Thale Noi iaitu sebuah tasik yang terbesar di Thailand. Tasik ini memang cukup terkenal dengan penghijrahan burung dan bunga teratai. Jika anda berkunjung pada bulan Februari hingga Mei, anda akan dapat menikmati keindahan yang amat takjub sekali dengan bunga-bunga teratai yang berkembang mekar.


Tasik ini terletak di wilauah Patthalung bersempadan dengan wilayah Songhkla. Penduduk sekitar tasik ini terdiri daripada bangsa siam beragama Budha. Hanya sedikit sahaja beragama Islam. Pekerjaan utama pula adalah sebagai Nelayan dan bertani.



Bagi peminat photography, tasik ini adalah amat sesuai sekali untuk merakamkan gambar-gambar menarik, terutamanya berkaitan lanskap. Juga tempat sesuai untuk merakamkan saat matahari terbenam. Memang cukup indah sekali.
Di Tasik ini juga ada disediakan chalet terapung dengan kadar sewa yang berpatutan. Disekitar pekan ini juga ada beberapa lagi pilihan chalet yang lain.
Untuk ketasik Thale Noi ini, korang hanya perlu menghalakan kenderaan ke arah pekan Patthalung. Tidak susah mencarinya kerana tasik ini memang cukup besar.

Sayang waktu kunjungan kami ke sini, tidak banyak bunga teratai yang mekar, jadi tidak dapat nak merakamkan keindahan teratai tersebut. Mungkin lain kali kami akan ke sini lagi.

Di tasik ini disediakan satu pelantar membentangi tasik ini untuk para pengunjung melihat dari dekat lagi keindahannya, tapi dikenakan bayaran 20 bath seorang. Bagi yang nak menikmati dengan lebih dekat lagi bolehlah menyewa sampan dengan kadar 400 bath sebuah sampan selama lebih kurang 1 jam setengah melawat sekitar tasik tersebut.

Kat tepi jalan di tasik tersebut juga banyak kedai menjual cenderahati dan ikan kering. Boleh pilih-pilih mana yang berkenan.




Ok, sampai sini dulu...Selesai di tasik Thale Noi kami meneruskan perjalanan ke pekan Hat Yai untuk bermalam dan menghabiskan sehari lagi saki baki percutian singkat ini....


Thursday, September 18, 2014

Catatan pengalaman percutian ke Koh Lanta


Sekarang nak cite pulak pasal cuti kami yang baru ke Koh Lanta pada 13 - 16 September yang lalu. Sebelum ke sini puas jugak google dlalam Internet nak cari pasal Koh Lanta, tapi kurang info dalam bahasa Melayu pasal pulau ni. Dan sekarang aku cuba  berkongsi serba sedikit pengalaman yang kami dapat sewaktu bercuti kesana baru-baru ini.

Seperti biasa sebelum  nak ke luar negara pastikan pasport jangan dilupa. Ini mesti menjadi keutamaan. Jangan pulak nanti sampai di pintu sempadan baru teringat pasport lupa nak bawa.

Nak masuk ke Thailand kene isi "white card' ok, Kad ni boleh diisi dimana-mana kedai insuran di sepanjang jalan berhampiran pintu sempadan.
Olehh kerana percutian kami ke Koh Lanta dengan memandu kereta sendiri,  maka jangan lupa untuk membawa salinan geran kereta atas nama sendiri. Bawa geran kereta dan ambil insuran Thailand pada kadar RM 15 untuk 9 hari. Kalau nak masuk lama lagi ambillah yang lebih mahal.

Kat atas tu adalah contoh insuran kereta untuk masuk ke Thailand.
Ni pulak pelan perjalanan kami ke Thailand, Jarak dari rumah kami di Bukit Mertajam ke Koh Lanta
 sejauh 475 km mengikut kiraan google map.

Untuk membuat trip memandu kereta ini elok kita tahu dan buat kajian sedikit tentang itinery perjalanan kita. barulah percutian itu berjalan lancar dan selamat.
Untuk sampai betul-betul di kawasan percutian di Koh Lanta kita kene menaiki 2 buah feri yang tak berbumbung. Koh Lanta terdiri dari 2 buah pulau iaitu Koh Lanta Noi dan Koh Lanta Yai.
Beginilah keadaan di atas feri ke Koh Lanta. Tiket feri boleh dibeli di pintu masuk jeti ke pulau tersebut.
Inilah antara contoh tiket feri. Untuk tambang feri bagi sebuah kereta dan 2 penumpang ialah sebanyak RM 19.30. Tak mahal mana pun. Jaraknya pun bukan jauh mana. Hanya 20 minit saja naik feri.

Dermaga jeti feri. Macam koboi jer kan..
Sempat selisih feri lagi...Best pengalaman macam ni....Hanya dengan berjalan dan merantau sahaja kita dapat mengecapi pengalaman sebegini.
Ha...dah sampai di hotel penginapan kami di Clean Beach Resort. Kos semalam RM 85, ditempah dengan menggunakan khidmat Agoda.com. Online sahaja. Yang jaga kaunter Muslim Thai..Alhamdulillah jadi breakfast tu taklah ragu-ragu sikit nak makan.
Keadaan bilik, Alhamdulillah selesa dan cantik sangat. Berbaloi-baloi....
Muka depan hotel...Cantik kan...
Sinki dalam bilik air bentuk bunga kemboja. Sebab apa yer...sebabbnya hotel ni penuh dengan pokok kemboja....Memang indah sekali apabila dilihat suasananya waktu pagi.
Siap ada kolam lagi...Lepas letih meronda, terjun tiruk dalam kolamlah....
Petang hari pertama kami berdua berbasikal sekitar Koh Lanta. Oh yer lupa nak bagitau sebenarnya kami bawa sendiri basikal, Cadangnya memang nak berbasikal sekitar Koh Lanta ni.

Tanda my Giant dan Polygon Cleo telah menjejakkan kaki ke Koh Lanta. Kau ada....haha
Lepas puas berkayuh petang tu terjun tiruklah...siap berenang dengan ikan lumba lagi tu....
Ni suasana di restoren hotel tersebut. memang cantik sekali dekorasinya.
Ala-ala suasana dekorasi Bali campur Thai....esokan harinya
Esoknya kami sambung lagi aktiviti berbasikal....kali ni jauh sikit hingga ke pekan Koh Lanta.

Suasana di pekan Koh Lanta....


Masa tengahari makan di restoren masakan Thailand dan Malaysia. Tukang masak dari Muslim Thai dari Satun dan Pattani. Kedai di hadapan stesyen minyak di pekan Koh Lanta.
Dah balik, ni suasana on the way dari simpang luar ke jeti Koh Lanta. 
Suasanl  hotel kami.Dekorasi yang sungguh indah..
Nikmati sahaja yer....
Selesai sudah entry pasal Koh Lanta......
Nanti kami sambung pula pasal tasik Thale Noi.
Sebuah tasik yang terbesar di Thailand yang dipenuhi bunga Tulip.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails