Tuesday, December 14, 2010

Catatan Backpackers ke Bangkok

Tarikh : 8 - 13 Disember 2010
Hari : Rabu hingga Isnin
Grup : Aku, isteri, Izan dan Kak Mas
Pengangkutan : Keretapi, Van
Laluan pergi : Butterworth - Bangkok (keretapi)
Laluan balik : Bangkok - Hat Yai - Butterworth (keretapi) (Van)
Kos pengangkutan : keretapi - RM 197.00, Van - RM 30.00
Jumlah keseluruhan = RM 227.00
Kos penginapan : RM 70.00 x 3 hari = RM 210.00 (dibahagi 2 orang)
Kos pengangkutan di Kota bangkok - Teksi, Tut-tut, BTS, MRT, Feri dan Van = lebih kurang RM 80.00.

Day 1
Kami bertolak dari stesen Butterworth dengan keretapi tepat jam 2.50 petang. Lewat 30 minit dari jadual asal. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 23 jam. Memang cukup lama kalau nak diikutkan, tapi mental semua telah di bagitau awal-awal, jadi rasanya tiada siapa yang bersungut. Tambahan tempat duduk kami amat selesa sekali. Ini adalah merupakan tren Internasional Thailand. Dari Malaysia hanya terdapat dua gerabak sahaja dari Butterworth. Gerabak akan bersambung di stesyen Padang Besar nanti. Kami sampai di stesyen Padang Besar lebih kurang jam 6 petang. Semua penumpang kene turun untuk cop pasport masing-masing.
Selesai urusan imigrasi, perjalanan diteruskan ke stesyen seterusnya di hat yai. Lebih kurang jam 8 malam petugas tren bertugas menukarkan tempat duduk kami menjadi katil. Aku tidur di katil atas dan isteriku di katil bawah. Sebenarnya katil bawah mahal sedikit dari katil atas. Katil bawah harganya RM 111.90, manakala katil atas pula berharga RM 103.90. terdapat ramai juga rakyat Malaysia di tas tren tersebut yang mempunyai tujuan yang sama seperti kami untuk bercuti di Kota Bangkok.

Day 2
Pagi tersebut aku bangun awal dan dapat menikmati suasana pemandangan kampung-kampung sekitar perjalanan kami. Perjalanan kami tidak terasa bosan kerana disajikan dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan. Pagi tersebut aku dan isteri lebih selesa berada di katil bawah sambil menikmati suasana di luar tingkap. Petugas tren akan mengubah kembali dari kedudukan katil kepada kerusi hanya atas permintaan.
Lebih kurang jam 2 petang kami mula mendekati bandar Bangkok. Bangunan-bangunan tinggi mula kelihatan menandakan kami semakin mendekati stesyen Hua Lampong iaitu stesyen utama keretapi Thailand di bandar Bangkok. Apabila tiba di stesyen pekara utama aku lakukan ialah membeli tiket keretapi untuk perjalanan pulang. Malang bagi kami tiket terus dari Bangkok ke Butterwort pada tarikh 13 hb Disember sudah habis. jadi alternatif lain ialah membeli tiket dari Bangkok ke Hat Yai pada tarikh sama. Sampai Hat yai nanti tidak susah untuk mencari kenderaan untuk pulang ke Butterworth kerana di Hat Yai memang banyak ajen-ejen yang menjual tiket balik ke Butterworth.
Dari stesyen keretapi kami bergerak dengan teksi ke kawasan tumpuan utama para backpackers dunia iaitu di Khaosan Road. Harga teksi ke sini 150 bath lebih kurang RM 15.00. Dalam duk mencari-cari hotel tu kami nak terkena oleh kelicikan para driver Tut-tut. Katanya kami dengan senang dapat mencari hotel dengan pergi ke pejabat T&T(Travel and Tours). Setelah termakan pujuk mereka kami pun menaiki Tut-tut mereka dengan bayaran RM 1 satu Tut-tut. Sebab RM 1 saja kami tak kisah sgtlah. Sebenarnya dia org ni nak kita naik Tut-tut mereka saja, jadi dapatlah duit kat poket mereka ni. Ingatkan kat pejabat T&T ni kami dapatlah hotel murah, rupanya dia org ni ejen sahaja dan harga hotel yang ditawarkan kepada kami ialah RM 130 semalam. Kami belah macam tu sahaja, dalam hati celaka punya Tut-tut, pekene kami awai-awai lagi. Last2 kami cari sendiri dan minta teksi hantar kami kembali ke kawasan Khaosan Road. Akhirnya dapat satu guest House tu iaitu Ben's House dengan harga RM 70 sahaja semalam.
Selesai check Inn dan mandi manda bersihkan diri, kami cuba meneroka kawasan sekitar Khaosan Road tu,. Memang tempat ni merupakan kawasan tumpuan utama para backpackers dunia. Kat sini penuh dengan mat dan minah salleh. Sebelah malam kami menaiki teksi ke kawasan Mal terbesar iaitu di MBK (Ma Boon Krong). Terletak di kawasan BTS (Bangkok Train Skyline) National Stadium. Dalam Mal ni ada macam-macam barang dan ada satu bahagian yang menjual bermacam souvinier murah-murah. Baju-bajunya pula hanya berharga sekitar RM 10 sahaja.
Dalam dok mengambil gambar kat luar Mal tersebut sekali lagi terkene oleh ragam driver Tut-tut. kami di offer untuk makan Sea Food. Oleh kerana hari tersebut kami belum menjamah nasi lagi, maka kami pun bersetuju untuk ke restoren sea Food yang dimaksudkan oleh Driver Tut-tut tersebut. Mulanya kami ingatkan restoren seafood tersebut terletak di kawasan sungai Mekong, tapi rupanya kami di bawa ke restoren seafood ala-ala 5 bintang punya. Spinggan Tom yam berharga RM 30. Airnya pula segelas RM 5. Malam tu sahaja makan untuki 4 org berharga RM 136.00. Lari budget kami aritu. Dalam hati esok dan seterusnya tak nak lagi terkene dengan karenah driver Tut-tut ni. Dia orang ni bukannya jahat dan cuba buat jahat kat pelancong, tapi dia orang akan cuba toreh duit kita. Selesai makan kami terus balik ke guest house kami dengan menaiki teksi dengan tambang RM 20. Sampai kawasan guest house kami, kami ronda tengok keadaan happening kawasan Khaosan Road. Memang happening giler kawasan ni, memang tak sunyi langsung.

Day 3
Pagi tersebut kami bangun awal kerana akan mengikuti tour ke kawasan Pasar Terapung Damnern Saduak. Pasar ini merupakan pasar terapung terbesar sekali di Bangkok. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Tambang pula RM 20 seorang. Sesampai sahaja di kawasan damnern saduak ini kami diturunkan di suatu jeti dan menaiki bot panjang menyusuri kawasan terusan untuk ke kawasan pasar Terapung. Pemandangan sekitar sama sebiji macam filem lakonan Erra Fazira dan Han Isaac yang dekat Thailand tu. Pengalaman naik bot menyusuri terusan yang kecik ni memang satu pengalaman yang harus di cuba oleh sesiapa yang datang bercuti ke Bangkok. Sampai sahaja di kawasan pasar Terapung itu kami boleh memilih untu menaiki sampan yang dikayuh untuk melihat dan membeli di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang terusan tersebut. Bayarannya dalam RM 15 seorang.
Kami berada sekitar pasar terapung tersebut sekitar 2 jam. Kami kembali semula ke Khaosan Road jam 2.00 petang. Perjelajahan kami diteruskan ke kawasan Grand Palace iaitu kawasan istanan Raja Thailand iaitu kawasan yang wajib juga dilawati oleh setiap pelancong. Kat sini semua kene berpakaian sopan, tidak boleh berseluar pendek dan memakai sandal. Bayaran masuknya pula RM 35 seorang. Mulanya kami nak masuk dah, tapi disebabkan bayarannya mahal sangat dan kalau masuk pun setakat nak tengok kawasan istana raja Thai dan kuil yang ada kat dalam tu rasanya tak berbaloi kut dengan RM 35 yang nak dikeluarkan.
Akhirnya kami keluar dan bergerak ke kawasan jeti Ta Chang. Sampai kat jeti tu kami di sapa oleh satu ejen bot kat sini dan menawarkan kepada kami pakej tour naik bot keliling sungai dan kosnya ialah RM 90 seorang. Mahal sungguh, saja jer nak ambil kesempatan. Kita orang tak setuju, dia tawar lagi RM 60 seorang, tawar lagi sampai RM 20 seorang. Kami tak setuju dan kami perati kat kawasan jeti tu tengok kat mana org ramai dan bertanya kat satu kaunter tu mana nak naik feri. Pegawai tu tunjuk kat satu jeti kami pun sama-sama dengan penduduk tempatan dan pelancong asing menunggu feri kat situ. Kami bercadang untuk bergerak ke kawasan jeti yang dekat dengan kawasan Silom iaitu satu lagi kawasan shopping utama di Bangkok. Tambang feri hanya RM 1.40 saja seorang. nasib baik kami tak terkene. Kami turun di jeti feri Saphan Thaksin. Dari situ kami ambil Tut-tut untuk ke kawasan pasar malam Suan Lum Night Market di kawasan Lumpini. Malang bagi kami sampai kat kawasan tu kedai masih belum dibuka, Dia orang bukak kedai jam 6.00 petang. Masa tu pulak baru jam 3 petang. nak menunggu lama lagi, maka kami bertukar plan ke kawasan China Town pula.
Kat kawasan China Town ni terdapat banyak barang-barang yang dijual dengan harga runcit dan borong dan rata-rata peniaga datang ke kwasan ini untuk membeli barang-barang. Setelah penat jelajah lorong-lorong kat China Town kami balik semula ke Khaosan Road. Malam tu kita orang lepak kat Khaosan Road sahaja.

Day 4
Hari ini kami pergi ke satu lagi kawasan pasar shopping barang yang cukup terkenal di dunia iaitu pasar Chatuchak. Pasar ini hanya di buka pada hari Sabtu dan hari minggu sahaja. Pasar ini mempunyai gerai berjumlah lebih 5 ribu gerai dan dikunjungi oleh sekitar 30 - 40 ribu org sehari. Jadi jika anda merancang percutian ke Bangkok pastinya harinya adalah hari Sabtu atau Ahad terdapat dalam jadual anda. Kat sini dikatakan barang dari serata dunia ada dijual.
Selesai shopping di Cahctuchak Market kami cuba menaiki MRT(Monorail Tren). Kami naik di stesyen Kampheng dan turun di stesyen Chactuchak dan bertukar pula menaiki BTS untuk ke stesyen Nana. hasrat untuk menjelajahi pula gerai-gerai jalanan yang terdapat sekitar kawasan Nana. Dari stesyen Nana kami menyusuri jalan hingga ke stesyen BTS Chit Lom. Rasa letih jalan kaki, kami naik pula BTS ke Stesyen Siam dan berhenti masuk ke Mal Siam Paragon. Mal ini juga antara Mal yang terbesar terdapat di Bangkok.
Setelah kaki tersa letih dan penat kami naik Tut-tut balik ke Khaosan Road, kene caj RM 15. Malam tu kami jalan-jalan lagi di kawasan gerai jalanan di Pro Pak Klong Bridge. Kat sini juga banyak barangan murah yang dijual. Kasut-kasut bundle banyak sekali. Nasib baik aku ni bukan jenis suka sgt kat kasut bundle ni.

Day 5
Hari ni hari terakhir kami di Bangkok, Pagi tu kami bangun awal dan bergerak ke kawasan China Town dengan Tut-tut, kene RM 10. Kami bertuah kerana rupanya pada sebelah pagi para peniaga kedai mengeluarkan barang-barang mereka untuk dijual secara borong dengan harga yang giler-giler murah. Kalau nak meniaga memang boleh ambil barang kat sini. Dalam otak aku dok ligat pasal nak meniaga dan ambik barang kat sini.
Selesai shopping kami yang terakhir kat sini kami pun angkat kaki dan bergerak ke Khaosan Road sebelum mengemas barang-barang dan bergerak ke stesyen Hua Lampong untuk perjalanan dengan keretapi ke Hat Yai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 18 jam.

Day 6
Kami sampai di Hat Yai jam 10 pagi. Lewat 2 jam dari jadual asal. Sampai saja di Hat Yai kami serbu dulu kedai makan muslim yang terdapat berdekatan dengan stesyen keretapi tu. Selesai makan bergerak jalan kaki ke kawasan Lee Garden. Ambik tiket dulu, perjalanan dengan Van jam 3.00 petang. Tiket berharga RM 30 seorang.
Selesai ambik tiket kami bergerak dengan Tut-tut ke Market Hat Yai. Simpan beg kat satu kedai baju jersi Bola kepunyaan Lela. Aku mengaku saudara dengan dia lantas simpan beg kejap kat situ. sebenarnya kami dah lama kenal dengan peniaga ni yang cukup ramah orangnya, padahal baju jersi yang dijualnya bukannya murah sangat pun.
Selesai shopping kat pasar ni kami bergerak untuk menunggu Van di kawasan Lee Garden. Van datang tepat jam 3.00 petang. Setelah pusing-pusing sekitar ejen-ejen tiket di sekitar Hat Yai, Van kami memuatkan 8 org dan bergerak ke pekan Danuk di sempadan Bukit Kayu Hitam. Ambik lagi 2 org dan bergerak terus ke Butterworth. Kami selamat sampai di Butterwort jam 8 malam. alhamdulillah selamat sampai semula ke tanah air sendiri. Lega rasanya.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar kembara backpackers kami ke Bangkok ini boleh melayari laman facebook album 1, album 2, album 3

#sebagai ingatan untuk yang ingin bercuti di Bangkok

1. Jangan percaya kepada driver Tut-Tut
2. Jangan setuju jika dia orang offer untuk cari hotel dengan T&T(Travel and Tours)
3. Jangan setuju kalau ada ejen yg nak bawak ke tempat seafood
4. Untuk pengangkutan teksi dan Tut-tut setujui harga dahulu sebelum naik.
5. Fahami peta dan corak pengangkutan Kota Bangkok sebelum anda ke sana
6. Rancang dahulu perjalanan anda.
7. Sentiasa bertanya Pak Google akan destinasi tempat menarik
8. Rasanya hotel dan guest house tidak susah untuk di cari disini, banyak tempat yang menawarkan harga yang murah.
9. Kawasan backpacker utama ialah di Khaosan road.
10. Kawasan merah ialah di zon Silom iaitu di Pat Pong.
11. Bangkok dibahagikan kepaza 7 zon iaitu kawasan Rattanakosin, Chinatown, Khaosan Road, Sukhumvit, Chactuchak,Siam-Ratcha damri dan Silom.
12. Untuk perjalanan ke pasar terapung Damnern Saduak, paling praktikal menggunakan ejen pelancongan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails