Sunday, September 30, 2012

Balik dah kami.......

Dah selamat kembali ke Malaysi? Pergerakan keluar dari border Danok berjalan lancar, Rupanya tak susah mana pun urusan keluar masuk menggunakan kenderaan ini.

InsyaAllah lepas ni boleh pergi lagilah yer. Buat Insuran pun murah jer RM 15 untuk 9 hari. Kalau sesekali masuk Siam ni cukup buat untuk 9 hari jer, tapi kalau dah selalu sgt tu elok buat untuk tempoh setahun terus, jadi bila-bila boleh masuk.
Latar belakang pintu gerbang Danok sebelum lintas border.

Jom sesaper nak gi Thailand, kami leh bawak, boleh buat trip ngan keter pulak lepas ni. Dari segi kos taklah banyak sgt habis. Nak jimat minyak isi penuh sebelum masuk Thailand sebabkat sana minyak mahal.

Hayai, aku datang lagi....


Hadapan hotel Hatyai Central, sedang siap-siap nak check out, cuti 2 hari sempat lagi keluar negara. Pengalaman pertama berkereta ke negara Thailand. Sebenarnya lama dah teingin nak berkereta ke Thailand ni tapi belum pernah berkesempatan,kaliini hati dinekadkan untuk mencuba sesuatu yg baru. 
Alhamdulillah semuanya selamat. Dan kini kami sedang bersiap untuk pu.ang kembali ke Malaysia. Sebelum mmeneruskan perjalanan ke pekan Bukit Kayu Hitam, nak singgah sat kat market Hat Yai, nak beli beberapa helai baju.
Nantikan entry lengkap pasala perjalanan ni apabila aku pulangke Malaysiananti.
Wassalam

Friday, September 28, 2012

Tentatif Trip to Vietnam....

Ni tentatif untuk trip ke Vietnam untuk rakan-rakan yg ikut trip ni yg nak sangat tgk tentatif perjalanan.... Pada Amom, Saniah, Leenda, Ummi, Ustaz Nazri dan isteri. Harap korang akan berpuas hati nanti.....

Pada rakan-rakan yg lain mintak maaf, untuk trip Vietnam ni dah penuh,kalau nak ikut gak tunggu lain kali pulak ok...

TENTATIF LAWATAN KE VIETNAM
PAKEJ 5 HARI 4 MALAM

 1 Dec 2012
 11.00 mlm – Tolak ke Kuala Lumpur LCCT dari Pulau Pinang.
 

2  Dec 2012

5.00 pagi – Tiba di LCCT

9.10 pagi – Flight ke Ho Chi Minh City

11.30 pagi – Dijangka tiba di Airport Tan So Nath Airport, Ho Chi Minh City

1.00 ptg – Check In di Saigon Pink Hotel 2

3.30 ptg – Cari Makan sambil survey Jalan-jalan Bandar Ho Chi Minh

 
3 Dec 2012

9.00 pagi – Pakej Tour Chu Chi Tunnel (Guna Tour Pakej with Ttour Guide)

2.00 ptg – Jalan-jalan sekitar Ho Chi Minh City

 

4 Dec 2012

8.00 pagi – Pakej tour ke My Tho City, Delta Sg. Mekong (Guna Tour Pakej with Tour guide)

4.30 ptg – Sampai hotel blk

8.00 mlm – Jenjalan kat pasar malam depan hotel

 
5 Dec 2012

8.00 pagi – Shopping di Benh Tan Market

                    Shopping kat butik-butik baju

                    Ikut suka nak shopping sampai habis duit

8.00 mlm – Pasar malam

 
6 Dec 2012

9.00 pagi – Shopping  last kat Benh Tan Market

11.00 pagi – Tolak ke Airport

2.25 ptg – Bertolak dgn flight ke LCCT

4.15 ptg – dijangka sampai di LCCT

Thursday, September 20, 2012

Trip ke Phuket Thailand........








Jom sesaper nak bercuti ke Pulau Phuket Thailand.....

Trip selama 4 hari 3 malam pada

Tarikh: 15 -18 November 2012. (Khamis hingga Ahad)

Kos : RM 370.000
(Kos termasuk tambang bas dan hotel serta makan di tengahari di Pulau Phang Yi, Phanga - James Bond Island)
-Di Phuket akan tidor sekitar pantai Patong, dekat dgn Bangla Road)
-Di Hat Yai pula bermalam di pusat bandar Hat Yai.

Berminat deposit sebanyak RM 200 dgn segera. hanya yang bayar deposit sahaja dikira confirm.
Baki RM 170 dibayar seminggu sebelum berlepas.
Hanya 35 tempat sahaja diperlukan.

Kalau dah confirm nak pi, bank in kan duit ke akaun Maybank Khairul Anuar 107152305032, Ingat simpan resit anda untuk semakan.

Segala pertanyaan boleh email ke kayrol_penang@yahoo.com atau telepon sajer ke 0134776002.

Tentatif Program:-

15 November 2012

5.00 ptg : Berkumpul di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang
5.30 ptg :Bertolak terus ke Phuket.
7.00 ptg : Urusan Imegresen di Border Bukit Kayu Hitam

16 November 2012

9.00 pagi : Dijangka sampai di Phuket
10.00 pagi : Lawatan di sekitar Phuket
12.00 tgh : Check In Hotel
2.00 ptg : Lawatan sekitar Phuket (Kilang permata, kilang gajus, kilang T-Shirt, Kedai Madu, Phuket Outlet)
5.00 ptg : Sekitar pantai Patong.
8.00 mlm : Bebas di Bangla Road pantai Phatong.

17 November 2012

8.00 pagi : Check out hotel
9.00 pagi : Bertolak ke Pulau Phang Yi (James Bond Island)
1.00 tgh : Makan di perkampungan Islam Pulau Phang Yi.(makanan disediakan)
2.30 ptg : Bertolak ke Hat Yai.
7.00 malam : Dijangka sampai di Hat Yai
8.00 malam : Bergerak ke Floating Market di Hat Yai.
10.00 malam : Bebas sekitar Lee Garden Hat Yai.

18 November 2012

8.00 pagi : Bebas sekitar pasar Hat Yai.
12.00 tgh : Check Out Hotel
1.00 ptg : Bergerak pulang ke Penang


Wednesday, September 19, 2012

Sipadan, Mabul dan Kapalai

Hari ini rasa happy dan gembira sangat.
Sebab apa.....hehe....hari ini berjaya buat tempahan untuk Trip Diving di Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai.
Terima kasih Billabong Scuba kerana sudi menerima grup kami dari Pulau Pinang.

Aku telah membuat tempahan untuk pakej 12 org diver dan 8 non diver.
Lokasi selaman juga telah di setkan
,
3 dive di Pulau Sipadan
3 dive di Pulau Mabul
dan 1 Night dive.

Tak sabar pulak rasanya.....walaupun tarikh yg ditempah memang lama lagi iaitu 19 - 22 Jun 2013.
Tapi bila dah tempah tu rasanya sebelah kaki dah berpijak di sana.

Kunjungan pertama dahulu pada tahun 2010 kalau tak silap hanya sempat buat lawatan sosial sahaja, just pergi jalan-jalan.....
Tapi kali ini tunggu Sipadan, Mabul dan Kapalai, aku datang untuk menyelami isi perut kamu, aku datang untuk menikmati keindahan dasar laut kamu.

Untuk dive di Pulau Sipadan ini memang kene buat tempahan awal, sebab Pulau Sipadan hanya limit kepada 120 penyelam sahaja sehari. Dan penyelamnya pula datang dari serata dunia.

InsyaAllah jika diizinkan Tuhan nanti dan diberikan kesihatan yang sempurna, akan aku jejaki sekali lagi Sipadan.

Tuesday, September 18, 2012

Catatan Rentetan Dive Trip to Bidong Islands....

Trip ke Pulau Bidong yang dianjurkan oleh pihak Scubatex bermula dengan perjalanan berkereta selama lebih kurang 6 jam ke Merang Terengganu. Kami seramai 4 orang dari Pulau Pinang telah sesama ikut trip ni yang dianjurkan oleh En Ahmad dari Scubatex KL. Rombongan cik Kiah dari KL seramai lebih kurang 40 org datang dengan bas.

Trip ni berlangsung pada 14 - 16 September 2012. Dijadualkan sebanyak 6 dive akan kami ikuti. Aku yang selama ini memang teringin sangat untuk dive di Pulau Bidong ini memang teruja sangat mengikuti trip ini. Apa taknya persiapan segala peralatan selaman memang telah aku prepare 2...3 hari lebih awal.

Kami tiba di chalet Kembara Resort di Merang pada jam 6 pagi. Masa tiba ni rombongan dari KlL belum tiba lagi. Dia orang sampai lebih kurang jam 7.45 pagi. Setelah taklimat lebih kurang kami diberikan bilik masing-masing dan diminta bersiap sedia pada jam 10 pagi dengan segala peralatan untuk bertolak ke jeti Merang. Sebenarnya kami akan menginap di Kembara Resort ni dan akan berulang alik ke Pulau Bidong selama 2 hari selaman ini.

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami menaiki 2 buah bot besar dengan segala peralatan tangki gas dan Kompressor dibawa naik ke bot. Team "support crew" dari Kuantan iaitu En Mansor yang akan bertindak mengisi segala gas untuk team kami yang hanya pergi turun naik menyelam sahaja. Team En Mansor ini akan bermalam terus di jeti Pulau Bidong ini.

Lebih kurang jam 11.00 pagi kami tiba di jeti Pulau Bidong. Terkejut juga masa mula-mula sampai di jeti Pulau Bidong ini. Apa tidaknya setahu aku, Pulau Bidong juga merupakan salah sebuah Taman Laut, tapi kelihatan ramai student dari sebuah Universiti tempatan yang sedang memancing di jeti ini. Apabila diselidiki masa sembang-sembang, mereka ni katanya ada silibus yang memerlukan mereka belajar memancing. Syoknya memancing kat Taman Laut ni, ikan memang banyak giler kat sini.

Dive pertama kami bermula jam 11.27 pagi di dive site dekat saja ngan jeti iaitu di Heritage Site. Kat sini terdapat koleksi Replika Tepak Sireh, Keris, Sampan, Bas Buruk dan Lori. Maksimum depth kat sini 15.6 meter, suhu air 31 darjah celcius. Kat sini aku berjaya dive selama 52 minit. Selesai dive pertama kami kembali semula ke jeti dan makan tengahari dan berehat sebelum dive kedua.

Jam 2 petang kami turun dive di lokasi kedua di Pulah Karah dengan kedalaman maksimum 15 meter. Kat sini Coralnya biasa-biasa sahaja seperti yang kami lihat ditempat lain. Kali ini aku berjaya spend gas selama 47 minit. naik dari dive kedua balik semula ke jeti dan siap sedia untuk dive ketiga dilokasi sama tapi kearah yang bertentangan dari dive yang kedua tadi.

Dive ketiga, kedalamannya lebih dalam iaitu 16.8 meter dan kami dive selama 44 minit. Kembali semula ke jeti pada jam 5.30 petang dan siap sedia untuk kembali ke jeti Merang. waktu ini kelihatan langit mula gelap di kaki langit. kami bertolak laju dari jeti Pulau Bidong. Tetapi nasib kami malang sedikit kerana dipukul ribut sepertiga lagi nak sampai ke jeti Merang. Keadaan masa tu hanya Tuhan yang tahu, masing-masing kelihatan cuak. Ribut dan hujan membadai kami, dan bot terpaksa diperlahankan dengan laluan dihadapan sudah tidak kelihatan. Bot pula terhoyong-hayang. aku memang dah get ready untuk segala kemungkinan. Dalam perlahan pergerakan bot, kami menghampiri pantai tetapi kami telah tersasar sedikit dan sedang mencari-cari arah yang betul, Hampir 20 minit dok mengintai-ngintai arah yang betul, Akhirnya Alhamdulillah kami selamat juga tiba di jeti Merang pada jam 7.00 petang.

Malam tersebut aktiviti bebas sahaja, dan terdapat beberapa orang dari grup kami yang mengambil kelas Open Water dan sedang menyambung kelas teori Open Water.

Hari kedua kami bergerak pada jam 9.30  pagi dan tiba di jeti Pulau Bidong jam 10.30 pagi. Kelihatan En Mansor dan crewnya sudah siap sedia dengan tong gas untuk selaman kami.

Selaman keempat kami mula jam 11.30 pagi di kawasan Tanjung Geluk dengan kedalaman maksimum aku capai pada waktu itu ialah 20.1 meter. Suhu air masa tu 29 darjah celcius. Aku berjaya capai 50 minit gak masa dive tu. Kali ni dive tu rasa best gak sebab banyak dapat lihat coral dan penyu.

Selaman seterusnya di lokasi Chanel dandive keenam dilokasi pertengahan antara Pulau Bidong dan Pulau karah. Dive keenam ni dive kami seperti dive di Gurunn Sahara pulak kata salah seorang buddy diver. Mana taknya kami mula turun, cadangnya nak gerak ke hadapan, tetapi disebabkan current yang terlalu kuat kami terpaksa ikut sahaja current tersebut dan hasilnya kami hanya dapat lihat pasir sahaja.

Dive ke Bidong ini agak best jugaklah sebabnya aku tak pernah sampai sini, dan lagi satu trip ni boleh dikatakan murah jugaklah dengan bayaran sebanyak RM 600 termasuk makan minum, bot, penginapan dan 6 kali dive lagi. Tahniah pada pihak Scubatex kerana berjaya atur trip ini. Pada semua diver yg ikut sama trip ini, u all memang best..............Jumpa lagi next time, InsyaAllah.

Confirm Person to Phuket

Serai Nama Peserta yang Confirm  Ikut Trip ke Phuket Thailand....



Date Updated : 4 Oktober 2012
Confirm pergi :

1- Khairul Anuar - Paid 28/9
2- Azza - Paid 28/9
3- Rohani Osman - Paid 28/9
4- Suraya Yusof - Paid 20/9
5- Adnan Saad - Paid 20/9
6- Nor Aisyah bt Haridi - Paid 20/9
7- NorAzmah iShuib - Full Payment Paid 1/10
8- Norshifa Saad - Paid 24/9
9- Zaharah  - Paid 24/9
10- Padzilah Man - Paid 24/9
11- Siti Zaleha Saidin -Paid 24/9
12- Norafrizan bt Che Ahmad - Paid 27/9
13- Ahmad Ridhuan - Paid 27/9
14- Mohd Yusparizal b Mohd Yusoff - Paid 248/9
15- Zurina bt Abd Rahman - Paid 28/9
16- Siti Fatimah bt Latiff - Paid 28/9
17- Noor Afiza bt Ismail - Paid 28/9
18-Rosnah bt  Osman- Paid - Paid 29/9
19- Morniyanti Mohamad - Paid 26/9
20- Mohd Paisal Amri - Paid 26/9
21- Hamidah Abdullah - Paid 26/9
22- Jamiah@Jamaih bt Din - Paid 26/9
23- Hafiza Hassan - Paid 26/9
24- Ramlah Sulaiman - Paid 26/9
25- Yusri Budin - Paid 1/10
26- Nor Azurawati bt Ahmad Zuhdi - Paid 5/10
27- Ariff Aiman b. Ismail - Paid 5/10
28- Saraswaty A/P Manikam
29- Noor Hana Yusra bt Asmawi - Paid 8/10
30- Suami Noor Hana - Paid 8/10
31- Anak Noor Hana - Paid 8/10
32- Anak Noor Hana - Paid 8/10
33- Hazahri b Hassim - Paid 4/10
34- Norsalwati bt Ariffin - Paid 4/1
35- Mohd Fazli - Paid 8/10
36- Isteri - Paid 8/10
37- Anak - Paid 8/10
38- Anak - Paid 8/10
39 - Faied - Paid 8/10
40 Isteri Faied - Paid 8/10
41 - Anak Faied  - Paid 8/10

Thursday, September 13, 2012

Berakit di Sg Selama, Perak

 Petang tadi berkesempatan untuk ikut grup dari PKK Putrajaya untuk sesi Berakit di Sg Selama, Perak. Kami dari Pulau Pinang seramai 4 orang sampai lebih kurang jam10.30 pagi di PKD Cawangan Selama Perak.
Semasa tiba di PKD Selama, kelihatan para peserta sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan rakit masing-masing menggunakan kayu dan tiub getah. Sebanyak 6 biji rakit berjaya disiapkan untuk mengharungi cabaran pada sebelah petangnya yang dijadualkan bermula jam 3.00 ptg.
Para pelajar terlebih dahulu dilepaskan untuk berhanyut di Sg Selama untuk sesi pemanas badan iaitu sesi "Keyakinan di Air". Nampak dari telatah para peserta ternyata kebanyakan dari mereka tidak biasa dengan aktiviti mencabar sebegini. Maklumlah orang Putrajayalah katakan.
Kami bertuah pada teengahari ini kerana di jamu dengan juadah Udang Galah. Bukannya seekor dua, tapi ambik kau sebekas besar. Juadah ni hanya untuk guru-guru dan Jurulatih sahaja yang ada lebih kurang 10 12 orang. masih teringat lagi betapa manisnya isi udang tersebut....

 Aktiviti berakit bermula dengan para peserta mengangkut rakit masing-masing ke dalam lori untuk di hantar ke tepi sungai. Kebanyakan peserta begitu teruja untuk melakukan aktiviti tersebut. Setiap rakit getah terdiri dari 4 ke 5 orang peserta dengan seorang dua Jurulatih.Rakit pertama dilepaskan pada jam 3.30 ptg.

 Sungai Selama initidaklah begitu besar sangat, tapi airnya boleh dikatakan agak laju juga. Cabaran mengelak pokok buluh dan himpunan tunggul kayu amat mencabar sekali. Apabila ada rakit yang tersangkut pada rimbunan buluh, maka riuhlah para peserta semua menjerit.
 Aktiviti selesai setelah  lebih kurang 2 jam setengah berkayuh. kayuhan ditamatkan di sebuah Jambatan berdekatan SK Sungai Bayor. Alhamdulillah semua peserta selamat tiba tanpa berlaku sebarang kecederaan.
 Dan bagi aku sendiri berjaya juga berkayuh tapi bukan dengan rakit sebab aku membawa sendiri sebuah kayak jenis Dancer untuk berkayuh. Kat bawah ni kayak yang aku bawa dengan kenderaan kesayanganku My Storm Rider.
 Tahniah pada PKK Putrajaya kerana berjaya menganjurkan aktiviti mencabar sebegini. Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih. Walau kekurangan lokasi untuk melakukan aktiviti sebegini di Putrajaya, mereka sanggup untuk bergerak jauh ke luar semata-mata ingin merasai sendiri pengalaman sebegini. Tahniah sekali lagi.....kalian memang hebat.....

Tuesday, September 11, 2012

Anugerah Kayak Keselamatan

Anugerah Kayak Keselamatan adalah merupakan step yang ke-4 dalam Persijilan Kayak Kebangsaan yang dikendalikan oleh Persatuan Kenu Malaysia ataupun MASCA. Di Malaysia ini aktiviti sukan Kayak dan struktur Persijilannya di jaga oleh satu badan yang bernaung dibawah Persekutuan Kenu Antarabangsa.

 Pada 2 - 7 September yang lepas aku berpeluang untuk sama-sama mengikuti Kursus ini yang dijalankan di Sungai Klah, Sungkai Perak. Kursus ini dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum Perak dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak MASCA yang diketuai oleh sifunya iaitu En Md. Amin Md Taff.



Kursus ini telah dijalankan di kawasan jeram gred 3 dan kami berpeluang untuk menuruni jeram yang terdapat di Sungai Klah ini. Alhamdulillah semua peserta yang terlibat amat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi dan segala skil dan ilmu yang diperolehi amat berguna sekali. Kami telah didedahkan dengan pelbagai teknik menyelamat menggunakan alatan dan tanpa alatan. Peserta juga didedahkan dengan basic untuk membuat gulingan.

Dengan tamatnya kursus ini bermakna aku sedang menghampiri satu sahaja lagi step iaitu step kelima untuk bergelar seorang  Jurulatih Kayak. Bagi seseorang yang telah mengikuti  Kursus Jurulatih, mereka  boleh mengendalikan Kursus-kursus Bintang Satu dan Dua, Sijil Jurulatih Asas dan Anugerah Keselamatan.
.
Namun begitu untuk bergelar seorang Jurulatih kayak, kursus yang akan dikendalikan nanti lebih tegas dan keras bagi melahirkan seorang Jurulatih kayak yang betul-betul berwibawa. Kami telah diingatkan supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan memahirkan diri dengan segala skill yang terdapat dalam struktur persijilan Anugerah Jurulatih. Memang kami telah dibekalkan lebih awal apa yang akan diuji dalam persijilan Anugerah Jurulatih tersebut nanti.

Nampaknya dari sekarang aku perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memahirkan segala kemahiran yang terdapat dalam silibus Jurulatih tersebut. Kami juga diingatkan supaya mahir dalam kedua-dua belah sisi tangan kanan dan kiri. Ini yang buatkan aku sedikit lemah kerana sebelum ini semasa mengambil sijil Jurulatih Asas dahulu memang aku dapat buat dengan baik pada sisi sebelah kanan tapi bila suruh buat belah sisi kiri, akan berlaku sedikit masalah pulak.
.
Semoga kursus yang telah diterima pada kali ini akan membangkitkan lagi semangat aku untuk bergelar seorang Jurulatih Kayak berkaliber.. Cehhh wah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails