Wednesday, June 26, 2013

Diving di Sipadan-Mabul-Kapalai


Khas untuk para diver tak kira apa level, tak kira dari grup mana.....

Satu open trip untuk pergi menyelam di Pulau idaman dunia iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Kapalai...

Tarikh pada 25 - 28 Oktober 2013.... 4 hari 3 malam...

Jumlah dive....    3 x dive Sipadan, 3 x dive Mabul, 1 x dive Kapalai

Jumlah kos, tak mahal mana pun..cuma RM 1250..all in dari Airport Tawau. (pengangkutan dari airport, bot dari Semporna ke Mabul, makan minum selama 4 hari 3 malam, bilik, dan 7 kali diving tersebut)

Untuk tiket flight, yang ni korang beli sendirilah yer....kalau aku ambik takut mahal pulak jadinya...ambik Air Asia murah jer....tapi kene ambik  dari LCCT ke Tawau jam 7.00 pagi, sampai Tawau dalam pukul 9.50 macam tu. Balik pulak ambik jam 6.50 petang dari Tawau ke LCCT. Yang balik ni tak kisah sangat jika korang nak ambik sebelah malam ke atas. Cuma masa pergi tu kene sama masa sebab senang dari segi pengangkutan dan kita sempat untuk dive yang pertama pada hari pertama.

Tempat memang amat terhad, aku cuma booking untuk 12 tempat sahaja dan setakat ini 6 dah confirm....Jadi siapa cepat dia dapatlah yer. Sapa yang nak pergi, deposit booking cuma RM 300 sahaja dan tidak akan dikembalikan jika korang cancel. Deposit ini aku akan deposit terus ke pihak di pulau Mabul nanti.

Tentang tiket tu kalau korang nak beli lewat pun takpa, mungkin nak tunggu Air Asia buat promo kan...asalkan korang booking satu seat dengan pembayaran deposit RM 300, itu dah memadai untuk confirm tempat tersebut.

Jadi kalau betul minat korang boleh contact aku di email berikut:- kayrol_penang@yahoo.com
Nanti aku bagi maklumat bank melalui email tersebut...

Tuesday, June 25, 2013

Trip to Sipadan Mabul Kapalai

Menjejak keindahan alam ciptaan Tuhan.......

Alhamdulillah sekali lagi aku diberi kesempatan untuk mengecapi keindahan alam ciptaan Tuhan. Kali ini aku telah berjaya organize satu lagi trip ke Pulau yang menjadi kegilaan seluruh pelusuk dunia terutamanya kepada para diver iaitu Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai.

Trip kali ini dianggotai oleh seramai 12 diver dan 8 non diver. Booking telah di buat dengan Billabong Scuba Backpacker. Terima kasih kepada pihak pengurusan Billabong kerana memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati semua pihak. Makan kat sini pun sedap-sedap belaka.

Bagi para diver, aku atur untuk dive sebanyak 3 kali di Sipadan dan 3 kali di Mabul dan 1 kali di Kapalai. Boleh tahan jugak letih bila buat 7 dive ni. Takjub sungguh dengan keindahan dasar pulau Mabul, Kapalai dan amat takjub dengan keindahan di pulau Sipadan. Bertuah dapat berjumpa dengan kawanan ikan JetFish ataupun ikan Nyok-Nyok yang besar-besar dan dalam jumlah ribuan yang berlegar-legar diatas kepala kami. Tapi yang aku frust pada masa inilah bateri kamera GoPro aku habis bateri. Tak dapat nak rakam keindahan tersebut.

Bagi yang tak buat diving pula, dia orang ni pun seronok, habis serata ceruk Pulau Mabul tu dia orang ni terokai. Aku pun tak habis teroka lagi Pulau Mabul tu. Bagi yang tak diving, pakej snorkelling sahajalah yer. Berkesempatan juga turut senorkeling di dive site yang grup diving pergi. Berbaloi-baloi jugaklah snorkelling tu.

Nikmatilah yer antara photo-photo yang sempat aku rakam tentang keindahan Pulau ini....

 Antara Chalet di Billabong
 Jeti laluan bot, petang-petang ramai dok lepak kat sini....
 Rasa tenang dok kat sini, chalet atas air...

 aktiviti wajib sebelah petang.....santai...
 Anak-anak Bajau Laut sedang mencari rezeki...
 Penuh pakat dok bersantai atas jeti...

 papan tanda di Billabong Scuba
  Anak Bajau sedang meminta duit dari guest di sini
 Ini resort yang mahal...lebih kurang RM 500 semalam....
 Perkampungan bajau laut...

 Anak bajau ni malu-malu bila dipaksa berjabat tangan ucap terima kasih..
Ni pulak, geng Bajau Laut sedang menjual hasil laut
 Diving pulak....syokkkkk
  Sorry bro...wa dah sampai Sipadan

  Turtle kat sini bersepah, jinak pulak tu, pergi dekat dia tak lari pun
 House reef yang terdapat di Dive site Paradise 2, Mabul
 My Boss...Mr Husaini
 Ni baru me...hehe tangkap sendiri la...

 Peace yo...
 
 


Monday, June 17, 2013

Trip Kawan-kawan, Saigon Vietnam ke 2

Alhamdulillah inilah adalah trip untuk kumpulan yang kedua aku bawa ke kota Saigon Vietnam. Kali ini rombongan diwakili oleh  11 orang termasuk aku sendiri. kami bertolak pada 4 Jun dan kembali semula ke Malaysia pada 7 Jun 2013. Rombongan kali ini dihadiri juga oleh seorang Makcik yang berumur 71 tahun. Respek sungguh pada beliau kerana sedikit pun tak mengeluh sewaktu sesi lawatan dan outing.

Rombongan kali ini sama gak dengan kumpulan pertama yang lalu, kalau membeli tu memang payah nak berenti. Tapi Alhamdulillah kali ini aku tak berapa pening sikit, sebabnya rata-rata membeli dalam lingkungan berat luggage yang dibenarkan iaitu 25 kilo seorang.

Masing-masing berasa teruja untuk sampai ke Vietnam kerana masing-masing belum pernah tiba disini. Alhamdulillah juga setelah sehari sahaja berada disini, masing-masing telah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan disini. Satu yang aku suka tentang kota Vietnam terutama Ho Chi Minh ini ialah kita berasa seperti berada  di Negara kita sendiri. Apa taknya  pusinglah ke kiri, ke kanan, kehadapan mahupun ke belakang, pasti ada orang melayu ataupun yang bercakap melayu.

Bab makanan halal pun tak menjadi satu masalah yang besar sangat. OKlah untuk kali ini sama gak macam trip yang pertama aku sajikan gambar-gambar menarik kumpulan kedua iniuntuk kenangan dan rekod peribadi ku.....


Kedai Kraftangan yang dihasilkan oleh OKU


Kebanyakannnya di buat dari kulit telur

Lukisan disini memang indah belaka
 Tengah ralit memilih telekung sembahyang
 Dah dapat dah aku punya...
 Orang pilih, tokei yg pening
 Sampai terduduk...

 Masa membayar, samapi berjuta kene bayar...hehe
 Perangkap maut tentera Vietkong
 kereta tank Amerika yang Berjaya dimusnahkan

 Selipar daripada tayar untuk menghilangkan jejak


 makan buah semasa di sg Mekong
 Seronok naik bot sambil minum air kelapa

 Habis makan buah shopping beg pulak


 Pakat naik kereta kuda di Sg Mekong gak...

 Kudaku lari gagah berani...

 Jalanlah kuda...
 makan tengahari diperkarangan masjid
 macam mana menu makan kami, semua dalam pakej dah....

 Bergambar kenangan dihadapan pejabat pos Saigon
 
Alhamdulillah selesai dan trip kali ni pun sukses...duit telah Berjaya dihabiskan semuanya...Yang tinggal untuk buat makan sahaja.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails