Monday, April 27, 2015

Mencari Redha Allah.....

Dalam mencari redha Allah, ikhlaskan hati, sucikanlah diri....
Pernah dengar kan, rezeki takkan datang bergolek, pokok pangkal kene usaha....
Jadi utk berjaya dalam hidup....ikhlaskan hati kita dalam semua perkara, InsyaAllah jika kita ikhlas, semua kerja pasti menjadi....

Petua dan Pantang Larang Hutan

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.
4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.
6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..
8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.
9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.
10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.
12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di
[26/04 9:36 PM] +60 19-985 0664: waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).
1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...
Kredit: Harry Lord

49 Nasihat Syed Mokhtar AlBukhary.......



# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary buat Para Usahawan dan Bakal Usahawan

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulan antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.



2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Saturday, April 25, 2015

Everest hanya sekadar Impian......

Hari ini mendapat khabar kurang baik dari sahabat yang kini sedang menggalas misi Perdana UTM menawan puncam Gunung Everest. Gempa buni berskala ritcher 7.5 menggegarkan sedikit bumi Kathmandu. Moga kalian disana berada dalam keadaan selamat dan berjaya mencapai impian ......

Nak kongsi sedikit beberapa keping gambar keindahan ciptaan Ilahi di Everest yang ku ambil dari facebook sahabatku Azim Afif. Kredit untuk jurukamera atas gambar yang super awesome.

Nak ikuti perkembangan lanjut berkenaan misi Perdana UTM ni korang boleh follow saja facebook Azim Afif









Penang Bridge Ride 2015



Kayuhan Basikal Jambatan Kedua Pulau Pinang kini teah dibuka pendaftarannya bermula 1 Mei 2015.

Dan tarikh tutupnya pula adalah pada 31 Oktober 2015.

Fee sebanyak RM 95 dikenakan pada kayuhan kali ini.

Bagi pendaftaran  2000 terawal layak untuk cabutan bertuah sebnayak 50 unit lucky draw.

Jarak kayuhan kali ini sejauh 46 km pergi balik.

Untuk info lanjut bolehlah ke laman web berikut untuk pendaftaran

PenangBridgeRide 2015


Jadi Jom apa laagi, Jom la daftar......

Cengal Resort Janda Baik

 Satu pilihan penginapan yang menarik yang terdapat di daerah Janda Baik Pahang. Tempat yang dimaksudkan ialah Cengal Resort Jandabaik, Bukit Tinggi Bentong Pahang. Janda Baik boleh dikatan kaki untuk naik ke Genting Hinghlands iaitu kawasan peranginan tanah tinggi yang cukup terkenal di Malaysia.
 Jika dilihatkan daripada rekabentuk chalet yang terdapat disini cukup dapat memberikann kita ketenangan dalam bercuti. Untuk tempahan penginapan, tuan puan bolehlah menghubungi
bg Chaah 010 790 0467.



Wednesday, April 22, 2015

Panduan Percutian Bajet dan Murah

Nak kata aku ini dah banyak menjelajah ke serata dunia taklah jugak, nak kata habis ceruk rantau Malaysia ni dah aku jelajahi pun tidak jugak. Tapi mungkin sebab pengalamanku mengendalikan banyak aktiviti pelajar dan banyak mengendalikan pakej2 percutian pada kadar bajet, mungkin boleh aku kongsikann kat sini serba sikit apa yang aku ketahui.

Sebenarnya kebanyakan kita apabila kata nak bercuti saja, ramai yang memilih untuk jenis percutian yang telah diatur oleh agensi-agensi pelancongan terkemuka. Mungkin tidk mahu bersusah payah sedikit dan mahukann ketenangan sempurna dalam percutian.

Baiklah, tip pertama untuk meranccang percutian ialah kita perlu kenal pasti terlebih dahulu tempat yang kita hendak pergi bercuti itu. Cuba dapatkan sebanyak mungkin info yang kita perolehi. Info-info ini boleh kita perolehi dengan menggoogle di Internet, mambaca review pelangcong terdahulu, bertanya kawan dan telepon sendiri operator tempat percutian tersebut. Dengan adanya sebanyak mungkin maklumat, sebenarnya kita telah melengkapkan diri kita dengan setiap kemungkinan, tak kiralah percutian dalam negara ataupun luar negara. Kita juga akan dapat kenalpasti mana tempat yang murah dan mana tempat yang mahal.

Tip kedua ialah dengan membuat booking flight seawal mungkin contohnya setahun awal, dan juga tempahlah pada waktu syarikat penerbangan membuat promosi. Ini membolehkan kita mendapat kadar harga yang terendah. Elakkan untuk mendapatkan tiket on the spot waktu kita nak berlepas kerana ini hanya akan membuang duit kita sahaja terpaksa membayar harga yang mahal.

Tip ketiga ialah untuk mendapatkan tempat penginapanyang berdekatan dengan pusat bandar ataupun tempat tumpuan pelancong. Ini kerana tempat dan lokasi yang strategik membolehkann kita bergerak dengan hanya berjalan kaki sahaja. Tetapi jika lokasi penginapan kita itu jauh menyebabkan kita menambah kos untuk tambang teksi ataupun pengangkutan darat pula.

Tip keempat ialah cuba dapatkan info untuk pakej trip ke tempat tarikan dengan pelbagai agensi jika sesuatu tempat tujuan itu susah untuk diurus dengan sendirinya. Namun begitu jika sesuatu temat itu boleh kita pergi sendiri sahaja elok kkita pergi sendiri sahaja dengan menggunakan teksi, bas ataupun MRT. Bandar-bandar besar seperti London,Singapore dan negara Eropah lain

Tip kelima ialah cuba rancang trip percutian kita secara berkumpulan. Contohnya kumpalan berdua hingga berempat. Tetapi jangan terlampau ramai sangat. Ini kerana dengan percutian secara berkumpulan iini kita dapat mengurangkan kos dengan cara berkongsi kos bagi sesuatu trip itu.

Sebenarnya terdpat banyak sumber dan info yang boleh kita perolehi di Internet untuk kita merancang sesuatu percutian. Teerpulang atas kerajinan dan usaha kita sahaja untuk mencarinya.
Kita boleh juga join grup-grup forum dan grup wasup yang mempunyai minat yang sama dalam melancong.

Setakat ni sahaja yer...ok bye....

Pendapatan Sampingan Dirumah

Kali ni nak kongsikan sikit tentang bagaimana nak menjana pendapatan sampingan dengan hanya bekerja dari rumah. Kerja ini sangat sesuai sekali bagi suri rumah yang mempunyai banyak masa lapang di rumah dan berhajat untuk mencari sumber pendapatan tambahan dengan hanya bekerja dari rumah tanpa perlu meninggalkan rumah. Cukup sahaja dengan adanya sebuah Lap Top dan talian Internet.

Tentu kita pernah mendengar tentang peluang menambah pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah ini. Peluang yang ditawarkan datangnya dari seluruh dunia dan ada pelbagai jenis peluang kerja yang ditawarkan. terpulang kita untuk memilih kerja bagaimana yang hendak kita terima dan upah hanya akan di bayar apabila kerja selesai.

Kita perlu terlebih dahulu membuat pendaftaran untuk memohon kerja twrsebut dan pihak syarikat akan meneliti permohonan kita itu berdasarkanpermohonan dan upah yang kita minta. Upah akan dibayar terus ke akaun Pay Pal kita. Jika kita tidak mempunyai akaun Paypal boleh terus mendaftar akuan paypal secara percuma di laman paypal.com.

Pendapatan yang diperolehi biasanya berjumlah RM 300 ke RM 500 seminggu bergantung kepada usaha kita. Malah ada yang telah berjaya menjana pendapatan berjumlah ribuan ringgit. Upah yang di bayar adalah dalam bentuk matawang USD, jadi memberikan pulangan yang begitu lumayan bagi kita pekerja di Malaysia.

Oklah bagi yang berminat boleh terus membuat pendaftaran dengan klik  JobdiRumah....

Saturday, April 18, 2015

Boathouse Tasik Banding.....

Bagi yang dok tercari-cari no contact untuk menggunakan khidmat rumah bot di tasik Banding, kat sini saya kongsikan sedikit maklumat yang saya ada.

Terlebih dahulu saya senaraikan no telepon opperator boathouse yang saya kenali
1. Noraini - 017-5303065
2. Bob - 019-5537500
3. Zulkifli - 012-4674773

 Harga yang dikenakan oleh setiap pengusaha rumah bot adalah berbeza iaitu untuk pakej 2 hari 1 malam harganya antara RM 1800 ke RM 2500.

Harga pakej ini tidak termasuk makan dan minum. Biasanya dalam RM 30 sehari. Namun begitu kita boleh membawa sendiri tukang masak ataupun kita sendiri pakat-pakat masak kat atas rumah bot tu.
 Tentang had muatannya pula aadaalah antaaraa 15 ke 25 orang satu rumah bot. tapi ada juga rumah bot yang boleh memuatkan hampir 40 orang tapi harganya adaalah lebih tinggi sedikit iiatu sekitar RM 3500 ke RM 4500. Bergantung pada grup kitalah bila memilih rumah bot tu.
 Setiap rumah bot akan ada sekurang-kurangnya 2 buah bot kecil untuk kemudahan kaki pancing untuk bergerak kelubuk-lebuk ikan.
Anatara aktiviti yang boleh dibuat bila kita menyewa rumah bot ini adalah biasanya lebih kepada rilek-rilek santai, samping memancing ikan dan melawat air terjun,, sira haiwan dan kampung orang asli.

Cukuplah sedikit sebanyak perkongsian berkenaan rumah bot di Banding.

Info Terperinci Akaun Utoken

Sekadar berkongsi maklumat bagi akaun UToken, khas buat pemegang-pemegang akaun baru UToken. Moga dapat memberikan penjelasan sedikit bagi yang masih kabur......







Cara Mengukur ukuran Tanah.

Tentu ada antara pembaca semua mempunyai sekurang-kurang satu lot tanah rumah kan. Jadi kali ini saja nak sharing bagaimana kita nak membuat ukuran keluasan tanah milik kita.
Kita juga mungkin mengetahui atau sering mendengar orang berkata tentang berapa ekar atau hektar tanah yang dia miliki. Tapi kita sebenarnya susah untuk membayangkan luas mana satu ekar atau satu hektar itu.

Jadi dengan adanya unit ukuran kat atas ni harap dapat memudahkan pembaca semua untuk membuat kira-kira jika ingin berhajat untuk membeli tanah.

Sekian, perkongsian malam ini.....




Friday, April 17, 2015

Cara untuk Packing Ikan, Udang, Ketam dari Sabah

Jika siapa yang pernah ke Sabah dan pernah mengunjungi pasar ikan di Kota Kinabalu pasti teruja untuk membeli ikan, udang dan Ketam yang cukup segar dan besar-besar pula tu. dan yang paling pentingnya ialah murah.

Ramai orang bertanya boleh ker buat balik ikan tu ke semenanjung. Jawannya BOLEH YER..... takder masalah pun, TAPI korang kene la bungkus elok-elok. Ada 2 cara, pertma bungkus sendiri dan kosnya murahlah sikit dan cara kedua ilah upah sahaja orang yang jual ikan tu untuk bungkus, kosnya mahal la pulak iaitu RM 20 ke RM 30 bagi pek 5 kilo.

Kalau malas, just korang beli jer ikan, udang dan ketam tu ikut suka koranglah banyak mana, pastu suruh sahaja abang ikan tu tolong bungkuskan dan bayarlah caj tambahannya.

TAPI-TAPI kalau korang nak murah, kat sini saya share sikit macam mana kami buat.... caranya ialah lepas beli ikan, udang dan ketam tu, ikut suka la banyak manapun. Lepas tu korang pergi cari kedai kat tepi pasar tu yang ada jual kotak polisterin putih tu. Beli juga bersama salotape kelabu yang besar tu dan sedikit ais ketul. Lepas beli semua alat tu wat balik kat homestay atau hotel. Bekukan dahulu dalam peti ais jika lambat lagi nak flight korang.
Unttuk bungkus dalam kotak tu, ikan atau udang atau ketam tu korang bungkus dengan surat khabar terlebih dahulu, Lepas bungkus dgn paper masukkan dalam plastik dan masukkan beberapa ketul ais kedalam plastik dan ikat kemas plastik tersebut. Pastikan satu plastik hanya seekor ikan sahaja. seytelah semua ikan dan udang2 tu korang bungkus macam saya terangkan tadi masukkanlah dalam kotak polisterin tersebut, susun sampai penuh kotak dan masukkan lagi beberapa ketul ais tadi. Ini adalah untuk mengekalkan suhu sejuk. Lepas dah masuk semua dalam kotak, korang salotapelah kotak polisteren tu sampai tak nampak kotak putih.

Sekarang dah selesai, bolehlah naik flight, selamat  mencuba.....

Panduan merancang sendiri trip mendaki Gunung Kinabalu

Kali ni nak kongsi sekali lagi tentang bagaimana nak merancang sendiri trip ke Gunung Kinabalu. Ramai orang mempunyai impian untuk mendaki Gunung Kinabalu. tetapi ramai yang terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan kos yang tinggi dan mungkin tidak punya teman untuk mendaki bersama atau ada sesetngahnya tak tahu sumber mana nak guna untuk merealisasikan impian mereka.

Kali ini saya akan cuba kongsi sedikit pengalaman saya yang telah merancang sendiri trip ke Gunung Kinabalu sebanyak 5 kaali. Manisnya trip yang dirancang telah saya rancang secara sendirian hanya berbekalkan sedikit bantuan dari pak Google. Internetlah yang banyak memberikan sumber dan maklumat kepada saya untuk mengatur sendiri perjalanan ke Gunung Kinabalu malah juga dapat saya jadikan sebagai sedikit pendapatan tambahan.

Baiklah jom kita mulakan sceritera saya.......Kita pergi step by step ok.....
Pertama:
Untuk mendaki Gunung Kinabalu korang perlu menempah terlebih dahulu tempat untuk mendaki. Kotrang boleh hubungi Sabah Santuary Lodges (SSL) ditalian +60 88-308 914.Untuk menempah tempat untuk mendaki anda mestilah membuat perancagan 6 bulan sebelum tarikh mendaki sebenar. Ini kerana untuk merancang sendiri kita perlu menmpah awal kerana hanya ada sedikit sahaja tempat untuk pendaki yang menguruskan sendiri pendakian mereka. Kebanyakan kuota telah diambil oleh syarikat-syarikat pelancongan.  
Selain menelefon anda juga boleh membuat tempahan dengan menghantar email ke nfo@suterasanctuarylodges.com.my. Dalam email tersebut anda nyatakan bilakah tarikh pendakian, jumlah peserta dan laluan yang ingin dipilih samada pintu Timpohon atau Mersilau. Laluan Mersilau jaraknya 2 km lebih jauh dari Timpohon. Selalunya kita ambil pakej 3 hari 2 malam dimana sehari di Kinabalu Park dan sehari lagi di Laban Rata. Namun begitu kita boleh juga ambil pakej 2 hari 1 malam dengan hanya tido 1 hari di Laban Rata. Hari pertama kita boleh mnginap dimana-mana chalet dan resort sekitar Kundasang.

Kedua:-
Setelah kita berjaya mendapat tempat untuk mendaki Kinabalu. Kita seterusnya harus membuat tempahan tiket kapal terbang. Untuk menjjimatkan kos selalulah survey masa mana syarikat penerbangan membuat promosi tiket murah. Untuk melicinkan pergerakan, dapatkan tiket pada awal pagi sewaktu bertolak dan a,bil tiket lewat petang sewaktu balik. Masa yang praktikal sekali untuk trip mendaki Kinabalu ialah 5 hari 4 malam.Kalau tiada cuti yang panjang cukup juga 4 hari 3 malam. tentatif lebih kurang macam ni,
Day 1 - Bertolak dengan flight pada sebelah pagi, Terus bertolak ke Kinabalau Park, singgah dulu di pejabat Kinabalu park untuk uruskan urusan permit dan bayaran., seterusnya jalan2 di Kundasang agaupun rilek.
Day 2 - Mendaki naik ke Laban Rata, Rehat
Day 3 - Mendaki ke puncak, seterusnya turun ke starting point kembali, Bertolak ke Kota KInabalu.
Day 4 - Jalan-jalan di Kota Kinabalu, boleh pergi ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Day 5 - Bebas di Kota Kinabalu, Flight balik pada sebelah petang.

Ketiga:-
Setelah urusan tempat mendaki dan tiket flight telah selesai, maka kita perlu cari pula tempat penginapan di Kundasang pada hari pertama dan di Kota Kinabalu pada hari ketiga dan keempat. hari kedua dah masuk dalam pakej dengan SSL.

Keempat :-
Kita juga perlu mencari transport. Transport dari Airport ke Kinaabalu Park dan balik ke Kota Kinabalu kembali, dan sewaktu  sepanjang kita di Sabah. Kalau ahli tak ramai kita boleh sewa Van sahaja. Just google sahaja van sewa di Kota Kinabalu, banyaaklah keluar nombornya nanti.

Mudah sahaja kan, itulah empat step yang anda perlu ambil untuk mengatur sendiri pendakian ke Gunung Kinabalu. selepas itu buatlah latihan mendaki sekerap mungkin bagi mempersiapkan diri anda.

Perlu diiingat juga sewaktu anda membuat tempahan dengan SSL, anda perlu membayar depositseperti yang diminta oleh pihak SSL dalam tempoh seminggu setelah tempahan anda confirmm. Bakinya adalah dibayar 2 bulan sebelum tarikh mendaki sebenar.

Setakat itu sahaja perkongsian dari saya, selamat mendaki semuaa.....

Saturday, April 4, 2015

Kinabalu lagi........kali kelima

Pendakian kali ini merupakan pengalaman kali ke 5 menjejak kaki ke Gunung Kinabalu. Dan kali kelima juga berjaya sampai kepuncak. Alhamdulillah kali ini aku membawa grup seramai 25 orang Jurulatih Pusat Kokurikulum Pulau Pinang untuk merealisasikan impian mereka.
Tanggal 10 dan 11 Mac 2015 yang lalu kami seramai 25 orang telah memulakan cabaran dari pintu Timpohon ke Laban Rata. Masing-masing bersemangat waja untuk sampai ke puncak. Rata-rata grup kali ini kali pertama mendaki ke Gunung Kinabalu. Jadi jangkaan dan semangat mereka begitu tinggi sekali.
Perjalanan dimulakan dari Tamparuli iaitu di Pusat Kokurikulum Sabah tempat kami menginap. Kami bertolak seawal jam 5 pagi lagi. Kami sampai di Kinabalu Park pada jam 8.00 pagi. Setelah menyelesaikan urusan dokumentasi dan penyimpanan beg kami memulakan pendakian di pintu Timpohon pada jam 10.30 pagi.
Memulakan pendakian, semua begitu bersemangat, Yang dah biasa mendaki hanya berjalan santai sahaja, tetapi bagi yang muda dan pertama kali sampai ke Kinabalu, mereka ini awal lagi sudah pecut meninggalkan kami yang dah veteran ini.
Cuaca pada pagi itu amat baik sekali. Kali ini pendakian terasa seperti amat penat sekali. Ini mungkin kerana faktor udara yang terlalu nipis membuatkan kami terlalu cepat penat. Bukan aku sahaja yang terasa seperti itu malah boleh dikatakan semua ahli grup menyatakan pendakian pada kali ini amat terasa penat sekali. Mungkin faktor umur juga turut memberi efek kepada pendakian kali ini.

Masih teringat lagi pendakian aku yang terakhir kesini ialah pada tahun 2011 yang lalu dan bersama isteri pada tahun 2010. Mendaki Kinabalu memang tak pernah terasa puas. Pasti ada sahaj kelainan yang terasa pada setiap pendakian.

Lihatlah sahaja pada panorama dan keindahan alam yang tercipta. Memang indah 
alam ciptaan Allah ini/
Kami berjaya sampai di Laban Rata pada jam 5 petang. Alhamdulillah walaupun perit, tapi terasa puas. Walaupun perjalanan ke puncak masih lagi jauh, tetapi menikmati secawan kopi di kafe Laban Rata memang satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pendakian kepuncak bermula jam 3 pagi 11 hb. Dalam samar-samar kegelapan pagi hari bertemankan lampu suluh di kepala kami berduyun-duyun menyusun langkah mengejar satu impian di puncak Kinabalu. Kalau pendakian dari Timpohon ke Laban Rata terasa perit, perjalanan kepuncak lagilah terasa akan keperitannya. Bergerak hanya beberapa langkah terpaksa berhenti untuk merehatkan diri. Dalam diri terasa juga mahu 'give up' tetapi kaki terus menyusun langkah. Mental terus melawan fizikal.


Setelah berhempas pulas melawan semangat diri dan menyusun ketabahan akhirnya pada jam 7.30 pagi kami berdua berjaya juga sampai ke puncak. Walaupun tidak sebagai orang pertama tapi kejayaan sampai kepuncak Kinabalu merupakan satu kejayaan melawan keupayaan diri sendiri.
Pemandangan di puncak Kinabalu pada pagi 11 Mac 2015 memang cukup indah sekali. Cuaca begitu cerah tapi angin tak usah nak dikatalah, memang cukup sejuk sekali. bukan lagi sejuk tetapi dingin.
Kami tidak berada lama di puncak, cukup bergambar sebentar kami terus menyusun langkah menuruni lembah Kinabalu dengan satu perasaan yang puas dan kebanggaan kerana sekali lagi dapat menawan puncak Kinabalu.
Walaupun dikalangan rakan-rakan yang lain ada yang berkata cukuplah tak mahu sudah naik Kinabalu, namun bagi diriku, perjalanan ke puncak Kinabalu akan kuteruskan lagi selagi hayat ini masih ada.
Perjalanan menuruni Kinabalu terasa sakit sikit kerana lutut juga telah mulai longgar, Terpaksa menggunakan bantuan tongkat. Dalam keperitan itu aku bersama isteri berjaya sampai kembali ke pintu Timpohon pada jam 3 petang. Alhamdulillah semuanya selamat.
Kejayaan mendaki puncak Kinabalu bukanlah sesuatu yang hendak dibanggakan tetapi ianya merupakan satu kepuasan apabila kita berjaya mencapai sesuatu yang sukar di capai dimata orang, dan kejayaan menakluk diri sendiri dalam melawan kemampuan mental dan fizikal membuatkan kita semakin tabah dan kuat dalam meniti saat-saat terakhir kehidupan.............wasssalam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails