Tuesday, August 16, 2011

Secebis kisah Jutawan Jalanan

Kisah ini aku petik dari buku "Menjejaki Jutawan Senyap" karya Dr. Rusly b Abdullah. Mohon kebenaran Chef Lii unuk memaparkan secebis kisah kejayaan untuk tatapan pembaca semua.......
.
Kisahnya ialah tentang seorang pendatang Indonesia yang bernama Diyono Santoso yang datangnya ke Malaysia ini sebaagai seorang pendatang haram yang menggunakan perahu.
.
Sewaktu mundar mandir di Kuala Lumpur ini si Diyono ini memerhatikan tiga perkara.......
.
...pertama.....
'Setiap orang yang bergerak(berjalan) di KL inii ada wang disakunya. Cuma bezanya ada yang bawa sedikit dan ada yang bawa banyak. Pokoknya setiap orang bawa wang'
.
...kedua......
'Barang yang harganya RM 1.00 kalau di KL ini sudah tidak ditawar orang lagi. Pokoknya asal sesuatu barang iitu berharga RM 1.00 sudah dikira murah - setiap orang termasuk anak kecil bisa membelinya'
.
...ketiga...
'Barang apa pun di KL pokoknya bisa menerangkan kegunaannya akan ada yang membeli. Betul enggak'
.
"Nah....dari pemerhatian saya itu, sesiapa pun yang bisa memproduksi barang, dan dijual dengan harga 50 sen atau RM 1.00 akan laris dan dapat hasil yang lumayyan Pak"
.
Hasil ddari kecekalan si Diyono ini ppercaya tak anda....dengan hanya berjualan air Soya....pada mulanya Diyono hanya ada 1 warung sahaja dan dalam masa dua tahun Diyono telah berjaya membuka 7 buah warung. Kebanyakannya di jaga oleh rakan-rakannya.
.
Sudah tentu anda sendiri bisa menghitung berapa wang yang dapat dikumpul oleh Si Diyono ini dalam sebulan. Katakan satu warung dapat bersih RM 100. Jadi RM 100 darab 7 warung sama dengan RM 700. Darab pulak dengan 30 hari, jadi Diyono telah berjaya mengumpul RM 21,000 sebulan. Bukankah jumlah itu telah berjaya mengalahkan gaji seorang pegawai...
.
Jadi pikiir-pikirkanlah akan cerita di atas. Kalau seorang pendatang asing boleh berjaya dan mengumpul harta di negara kita dengan hanya menjual air soya, bagaimana dengan kita penduduk tetap di negara sendiri.
.
Pokoknya rajin dan malas sahaja yang menyekat rezeki datang kepaada kita. Satu siifat orang kita malas untuk berusaha dan takut untuk mencuba dan merebut peluang, akhirnya peluang itu direbut oleh bangsa asing.
.
Sama-samalah kita fikirkan untuk renungan bersama.........

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails