Route 69 merupakan satu lagi tempat pilihan untuk berbuka puasa yang terdapat di Pulau Pinang. Restoren ini terletak di bandar Baru Perda berhadapan dengan Masjid Bandar Perda. Disini menyediakan pelbagai menu makanan dari menu tempatan, menu Thailand dan juga Western. Jika bukan bulan puasa restoren ini dibuka 24 jam sehari.
Tempat ini memang tidak asing lagi bagi kami. Kali ini kunjungan kami untuk berbuka puasa dengan menu biasa Chicken Chop. Western la pulak. Biru sikit mata hari ni.
Untuk ke sini tidak susah, jika anda tidak tahu di mana tempatnya, arahkan sahaja kenderaan anda ke Bandar Perda, sampai sahaja di pekan Perda, cariilah Masjid Bandar Perda, Route 69 ada di sebelah masjid itu sahaja.
Nyum-nyum.....sedapnya makan hari ini...harap tahun depan dapatlah lagi menikmati kemeriahan puasa.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment