Tuesday, August 16, 2011

Panduan memilih beg yang sesuai

Kebelakangan ini ramai yang meminati aktiviti sukan lasak. Seringkali apabila kita hendak keluar untuk melakukan sesuatu aktiviti itu kita akan merasa buntu untuk memilih beg yang sesuai. Seringkali juga kita akan merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan menggalas beg yang kemas dan hebat juga berjenama. Hati sudah tentu berazam untuk memiliki beg sebegitu suatu masa nanti. Namun begitu kekadang terfikir beg bagaimana yang sesuai untuk diri kita.
.
Kali ini aku akan berkongsi beberapa panduan yang boleh dijadikan pedoman dalam memilih sesebuah beg.
.
~Tentukan dahulu apakah tujuan sebenar kita membeli beg itu, adakah untuk digunakan sewaktu berkhemah, mendaki gunung, melancong, treking, hiking atau bawa naik motor sahaja.
.
~Kita perlu ketahui apakah saiz badan kita supaya kita dapat memilih beg yang sesuai. beg galas yang sesuai untuk orang yang ketinggiannya 6 kaki ialah 65 liter ke bawah.
.
~Jika anda selalu mendaki gunung, dapatkanlah beg yang berjenama seperti Karrimor, Deuter, Low Alpine, Bergaus. Walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi ianya memberi pulangan pada wang anda. Dapatkan beg yang besar sedikit sebab untuk aktiviti mendaki gunung selalunya kita akan membawa barang yang banyak.
.
~Dari segi warna pula, dapatkanlah beg yang berwarna terang. Ini kerana ianya berguna dari sudut keselamatan dan senang nampak apabila berjalan. namun begitu ciri ini tidak berapa penting sangat, bergantunglah kepada citarasa anda sendiri.
.
~Jika anda ingin gunakan beg untuk jangkamasa yang lama, eloklah pentingkan beg yang mempunyai kualiti yang baik dan dapatkan nasihat dari rakan-rakan sebelum membelinya.
.
~Semoga sedikit tips yang disampaikan ini memberi panduan semasa memilih beg anda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails