Tambahan pula kalau keluar mencari juadah di pasar Ramadhan. Tambah memeningkan kepala untuk membuat pilihan apabila keluar membeli bersama anak dan isteri, masing-masing mempunyai pilihan tersendiri. Sedar tak sedar kopak dah duit dalam RM 20 ke RM 30, bergantung pada saiz keluarga.
Dari pengalaman aku, cara paling senang kalau takmau pening kepala sangat, keluar jer pergi beli sorang-sorang. Apa yang kita buat balik yang tu lah orang di rumah kena makan. Tapi tips ni kene tahan telingalah sikit sebab nanti pasti ada anak atau isteri yang bersuara kenapa papa beli kuih ni tak beli kuih yang tu. Boboi nak kuih ni , nak kuih tu. Haha pasti pening kan.
Hari ni aku nak kongsi juadah berbuka aku semalam iaitu Roti Jala. Kali ni buat RJ ni menggunakan bekas khas yang dibeli secara online oleh isteriku dari teman blogger. Sebab tu la rajin sikit semalam.
Biasanya kalau kami buat RJ ni, kuahnya menggunakan kuah kuzi, tapi sebab nak ringkas, kami pakai kuah gulai ayam sahaja.
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment