Friday, August 12, 2011

Kursus Asas Selam Skuba

Ini adalah merupakan antara Program terakhir yang telah berjaya aku dan rakan-rakan anjurkan sebelum bermulanya bulan puasa yang lalu. Merupakan satu program yang julung kali kami anjurkan yang melibatkan Program Asas Selaman Skuba.
Jelas terpancar keriangan di wajah kebanyakan peserta. Apa tidaknya masa mula-mula mendaftar diri bukannya dia orang tahu apa itu Skuba. Mula-mula memanglah takut tapi bila dah cuba rasa seronok pulak.
Senyum lebar amoi dalam gambar ni.. Dahlah berenang pun tak berapa pandai
kena skuba pulak....
Ni pulak geng-geng lelaki. Sebenarnya Program ini dibuat dalam 2 siri. Hari pertama lelaki dan hari kedua perempuan pulak....
Wah terasa hebat nampak lepas habis program. Dapat pakai baju lambang Skuba lagi...
Amacam....wa ada nampak sasa and hensem tak.....
Akulah lelaki idaman Malaya.......
InsyaAllah program sebegini akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan, walaupun program singkat sahaja tapi ilmu dan pengalaman yang diperolehi amat bermakna buat semua.
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails