Thursday, August 18, 2011

Krisis makanan Somalia

Pagi ini aku terpanggil untuk membuat entri berkenaan krisis makanan
dan kemiskinan yang tengah meruncing di Somalia sana. Semuanya bila
terbaca entri oleh saudara Ben Ashaari Kat sana kebanyakan masyarakatnya
menghadapi masalah kekurangan makanan. Kita bertuah tinggal di bumi
Malaysia ini. Negara aman, makanan pun cukup.
.
Jadi sempena bulan puasa ni, di bulan baik dan hari baik ni, marilah
sama-sama kita menderma untuk tabung Kemanusiaan bagi membantu
rakyat Somalia ini. Semoga mereka pun dapat menikmati makanan sama
seperti kita disini dan meneruskan kehidupan mereka. Sebesar mana
jumlah yang kita dermakan itu tidak penting janji niat kita ikhlas untuk
membantu sesama insan.
Untuk menderma sama korang klik kat sini irm .
.
Semoga Allah sahajalah yang memberi pahala akan sumbangan yang
kita hulurkan itu.......
Amin......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails