Saturday, August 13, 2011

Panduan Bercuti ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian antara beberapa buah pulau yang terdapat di negeri Terengganu. Terletak lebih kurang 21 km dari pinggir pantai Terengganu dan terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Juga persinggahan para nelayan dan burung-burung yang berhijrah juga percutian para pelancong luar negara.
Untuk ke Pulau Perhentian ini kita perlu menaiki bot daripada Jeti Kuala Besut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menggunakan bot laju. Harga tambang bot pula sekitar RM 70 untuk perjalanan pergi dan balik. Bagi pelancong yang menggunakan kapal terbang turun sahaja di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Selepas itu menaiki teksi atau bas ke jeti Kuala Besut ini. Jika menggunakan perkhidmatan bas, terdapat bas terus dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut ini. Seterusnya untuk perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian, bolehlah terus ke kaunter tempahan tiket bot di hadapan jeti. Para pelancong dikehendaki membayar levi Taman Laut sebanyak RM 5 di sini.
Untuk kemudahan tempat penginapan, banyak terdapat tempat yang boleh dijadikan pilihan, paling senang bertanyalah di kaunter-kaunter pelancongan yang banyak terdapat sekitar jeti Kuala Besut ini. Namun begitu jika kunjungan saudara dan saudari ialah pada musim cuti atau hujung minggu seelok-eloknya adalah membuat panggilan dan tempahan terlebih dahulu dengan resort dan chalet yang terdapat disini. Klik sahaja carian dekat Pakcik Google tentang "Senarai Chalet di pulau Perhentian" pasti dia sedia membantu.
Antara aktiivti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian ialah bercuti rehat minda, treking, snorkeling, menyelam, "island hoping' dan macam-macam lagi. Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh chalet dan resort disini adalah sekitar RM 300 untuk pakej 3 hari 2 malam dan RM 200 untuk pakej 2 hari 1 malam.namun begitu terdapat juga chalet yang lebih mahal dari ini, bergantung pada masa dan tempat yang kita pilih.pakej ini selalunya merangkumi pengangkutan bot pergi dan balik, makan dan minum sepanjang aktiviti, penginapan dan satu trip snorkeling dengan menggunakan bot di sekitar Pulau Perhentian. Jika kita ingin bergerak ke sesuatu lokasi di pulau ini bolehlah menggunakan apa yang dipanggil teksi air iaitu sebuah bot kecil yang boleh memuatkan sekitar 4 hingga 5 orang.Bayarannya pula sekitar RM 10 hingga RM 30 bergantung pada lokasi yang ingin di tuju.
Maklumat lanjut dan terperinci saudara dan saudari bolehlah menghubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian 09-6221433/1893.
Satu tips menarik untuk melihat keindahan matahari terbenam ialah dari tempat yang bernama View Island Resort.
Harap catatan ini membantu sesiapa yang ingin merancang percutian ke Pulau Perhentian ini.


2 comments:

Guru Besar said...

Kalau naik flight.. baik turun di Kota Bharu.. lagi dekat ke K.Besut berbanding K.Terengganu.

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails