Sunday, August 21, 2011

Adad-Adab Bermusafir

....sambungan dari entry Golongan-golongan Musafir.
Dalam bermusafir terdapat adab-adab yang perlu dijaga dan dipatuhi....
Antaranya ialah:
.
Adab 1.
Hendaklah dimulakan dengan mengembalikan harta-harta yang diperolehi secara haram ataupun zalim, penganiayaan, penipuan dan sebagainya. Disamping itu kita perlu melunaskan segala hutang piutang yang masih ada dan bekalkan segala persiapan untuk orang dan keluarga yang kita tinggalkan akan makan minum dan tempat tinggal mereka.
Barangan yang dipinjam juga hendaklah dipulangkan terlebih dahulu.
.
Dalam bermusafir itu hendaklah juga selalu menyebut perkara-perkara yang manis dan baik sahaja, selalu memberi makan pada yang susah dan menunjukkan budi pekerti yang mulia.
.
Adab 2.
Sewaktu keluar bermusafir seeloknya keluarlah bersama sahabat dan janganlah keluar bersendirian. Sahabat itu pula mestilah yang mampu untuk ingat mengingati akan urusan agama dan menegur apabila terlupa.
.
Dalam keluar bermusafir itu juga hendaklah dalam kumpulan itu diangkat seorangnya sebagai pemimpin.
.
Adab 3.
Sebelum berangkat untuk bermusafir itu juga eloklah meminta diri daripada sahabat dan keluarga yang tidak mengikut sama. Orang yang meminta diri itu hendaklah menyebut seperti "Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara dan penutup amalan saudara"
(Asal dari hadis, diriwayatkan oleh Tarmizi).
.
Kemudian diikuti dengan berdoa "Mudah-mudahan engkau dibekali dengan ketakwaan oleh Allah, dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan di mana sahaja engkau berada"
.
Adab 4.
Jika bermusafir dengan menggunakan binatang, hendaklah jangan menyiksa binatang tersebut dan hendaklah berbelas kasihan terhadap binatang tersebut.
.
Adab 5.
Hendaklah juga selalu berhati-hati dalam perjalanan tersebut. Jika bermusafir dalam kumpulan, janganlah berjalan bersendirian kerana dikhuatiri akan tersesat. Dan hendaklah juga sentiasa bergilir-gilir berjaga malam sewaktu tidur.
.
Begitulah serba ringkas tentang adab-adab bermusafir yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu. Mungkin benda sebegini tidak kita amalkan lagi pada zaman sekarang. Namun begitu boleh kita jadikan pedoman dan ikhtibar dalam perjalanan kita nanti.
.

1 comment:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
musafir lalu melintang patah.. perkataan ini juga sering digunakan oleh bila menempuh cabaran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails