Wednesday, August 17, 2011

Penginapan murah, hotel bajet, Cameron Highlands

Ramai di kalangan kita akan cuba mencari hotel atau bilik yang murah apabila bercuti. Seringkali juga kadangkala disebabkan ketiadaan bilik yang kosong menyebabkan kita hampa dan terpaksa pulang begitu sahaja dan tidak dapat pergi bercuti.
.
Pada waktu ini percutian tanah tinggi seperti di Cameron Highland seringkali menjadi pilihan disebabkan tempatnya yang sejuk dan selesa. Namun begitu di musim-musim cuti hari minggu dan cuti persekolahan, kebanyakan hotel di sini fully booked. Jadi seringkali kita hampa untuk mendapatkan bilik yang kosong. Lebih hampa lagi apabila kita menyangka dapat mencari hotel apabila sampai di sana tetapi disebabkan tidak booking awal maka tiada bilik untuk kita tido malam itu dan terpaksa pulang awal dari bercuti.
.
Satu tips aku nak kongsi kat sini dengan pembaca semua jika merancang bercuti di Cameron Highlands. Tips ini hanya sesuai untuk mereka yang berjiwa adventure sikit dan sukakan kelainan. Sebenarnya kita boleh berkhemah di satu kawasan di kaki Gunung Irau atau puncak Gunung Berinchang. Namun kita perlu berkereta terlebih dahulu untuk ke puncak ini. Perjalanan dengan kereta hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit menghala ke puncak Berinchang melalui ladang teh. Jika anda perasan kalau kita dari pekan Berinchang menghala ke Kampung Raja terdapat satu papan tanda di sebelah kiri yang bertulis "Mossy Forest Gunung Berinchang". Ikut sahaja laluan tersebut dan ia akan terus membawa anda ke puncak ini.
Perlu diingat jika anda hendak berkereta ke sini pastikan kereta anda merupakan kereta yang sesuai untuk mendaki bukit. Kereta Wira pun dah boleh naik, cuma pastikan enjinnya kuat.
Jika anda merancang berkhemah di sini cuma pastikan anda membawa khemah, stok air yang secukupnya kerana tiada tandas atau bekalan air, baju tebal kerana cuaca sini memang terlalu sejuk, lampu untuk khemah anda dan juga makanan untuk di masak sendiri kerana kat atas ni tiada kedai.
.
Kelebihan berkhemah kat atas ni ialah satunya ia percuma tak payah bayar sewa atau minta kebenaran ngan sapa-sapa, satu lagi kita dapat melihat suasana matahari terbit kat atas puncak gunung. Jika kita nak ajar anak kita berdikari, memang sesuai sangatlah kat sini. Saya sendiri pun sudah 2 kali berkhemah kat sini hanya berdua dengan isteri saya. Setiap kali kami berkhemah di sini tak pernah lagi hanya kami berdua sahaja yang ada, pasti ada orang lain sama yang turut berkhemah sama.
.
Kekurangan cuma kat sini tiada tandas atau bekalan air paip. Semuanya perlu di bawa dari bawah.Kedai-kedai pun tiada. Kalau tak cukup stok kene turun bawah balik.
Jadi apapun perancangan percutian anda pastikan ianya membawa sesuatu kelainan kepada keluarga anda. Kalau selalu dok tido hotel pun boring jugak kan. Tips ini memang cukup sesuai bagi mereka yang bajet dalam bercuti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails