Thursday, August 18, 2011

Gajet terbaru - Casio Pro Trek

Ari nii nak tunjuk aku punya Pro Trek yang baru.
Jam ni sebenarnya lama dah dok berkenan, lama dah dok ushar kat kedai jam.
Rasanya impian tu dah dekat 10 tahun terpendam.


Akhirnya aku berjaya juga mendapatkannya. Terima kasih buat isteri tercinta yang
telah menghadiahkan jam ni sempena hari lahirku yang ke 37 tahun. Terima kasih sayang.




Antara ciri utama pada jam ini yang juga lebih dikenali sebagai triple sensor. Apa yang dimaksudkan dengan triple sensor ini ialah pada ciri-cirinya yang utama iaitu Barometer, Altimeter dan Compass. Disamping itu cirinya untuk mengesan suhu dan mempunyai led lamp.


Ciri Kompas


Ciri Barometer


Ciri Altimter

Harganya pula, hehe sudah tentu mahallah sikit kan, sebab itu lah hampir 10 tahun impian terpendam.
Aku tak tahulah sama ada harga yang aku dapat ni mahal ataupun murah. Tapi masa nak beli tu kedai tu letak harga RM 1000. Tawar punya tawar aku dapat dalam RM 800.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails