Monday, August 15, 2011

Catatan lalu Medan, Indonesia

Menyingkap kenangan lalu, terlintas untuk mencoretkan catatan pengalaman yang tak sempat untuk dipaparkan di dada blog ini. Pengalaman tercetus pada 29 Mei 2011 hingga 2 Jun 2011 yang lalu. Perancangan untuk ke Medan pada mulanya tidaklah seserius mana apabila isteriku mengajak untuk bercuti ke luar negara. Perancangan awal kami mungkin ke Bali tapi apabila dilihat pada tiket Air Asia, mahal pulak pada masa tu. Jadi untuk jimat kos aku cadangkan elok ke Medan sahaja. Untuk ke Medan pula perlu cari teman untuk sama-sama ke sana. Bukannya apa kalau ramai jimat sikit kos untuk sewa kereta sewaktu di sana.
.
Setelah menelefon beberapa teman, akhirnya dapatlah raknaku iaitu Rosnah dan suaminya. jadi kami berempat sahajalah yang pergi. Tiket flight di tempah dari Pulau Pinang ke Medan. Kosnya kalau tak silap aku RM 160 pergi dan . Mahal sikit sebab tempahan lewat ditambah pulak musim cuti sekolah pula tu.
.
Apabila tiba di Lapangan Terbang Polonia Medan, kami disambut oleh Pak Anto iaitu Supir kami selama 3 hari 2 malam. Pengalaman pertama kami apabila turun flight nak pergi ambil beg, terdapat ramai apa yg di panggil ulat Airport. Mulanya kami ingat kakitangan Lapangan Terbang kerana mereka ni siap pakai Vest dan seragam pulak tu. Mereka siap nak tolong angkat beg kami dan tolong urus dengan imegresen dan kastam hingga tolak beg kami terus ke kereta. Sampai sahaja di kereta melayang duit aku dalam RM 10 bagi kat mamat ni. kalau nangkat sendiri beg tu pun takder masalah, bukannya berat mana pun.
.
Pak Anto membawa kami pergi makan di restoren Padang terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan yang panjang ke Parapat. Pengalaman pertama makan nasi Padang. Terkejut mulanya kerana dihidangkan dengan lauk-pauk hingga penuh meja. Nasib baik Pak Anto dah sound kami awal-awal masa dalam kereta supaya sentuh lauk yang ingin di makan sahaja, yang tak mahu makan jangan di sentuh. Kalau tak semua kene bayar. jadi sebelum makan kami asing awal-awal yang nak makan dan yang tak mahu makan.
.
Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Parapat. Perjalanan dengan kereta yang kalau di sana di panggil Kijang mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sepanjang perjalanan dihiasi dengan pokok getah dan hutan serta bukit bukau. Perjalanan pada mulanya terasa boring sebab terlalu jauh, tetapi apabila kenderaan mula memasuki kawasan Parapat dan dapat menyaksikan kawasan tasik Danau Toba yang begitu besar, hati mula ceria dan berbunga.
Malam itu kami tinggal di hotel hotel Danau Toba Cottage. Bilik kami betul-betul berhadapan dengan tasik. takjub melihat kehebatan tasik Danau Toba. Panjangnya dikatakan 100 km dan lebarnya 30 km dan mempunyai kedalaman 505 meter. Ditengah-tengah tasik ini pula terdapat sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Samosir. Pulau ini kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Batak. Malam tersebut kami pusing-pusing di pekan Parapat. Pekan ini pada sebelah malamnya tiada apa yang menarik sangat. kedai-kedai pun kurang.
Esoknya hari kedua kami bergerak ke Pulau Samosir. Kami beruntung kerana dapat menumpang satu grup dari Pulau Pinang juga yang seramai 30 orang. jadi kos bot untuk ke sana kami dapat murahlah sikit. Perjalanan dengan bot ke Pulau Samosir lebih kurang 45 minit Setibanya di Pusau Samosir kami jalan-jalan sekitar deretan gerai jualan yang mana banyak menjual barangan cenderahati hasil kerja kaum Batak ini. Terdapat lebih kurang 14 belas suku kaum Batak di sini. Keluasan Pulau Samosir dikatakan melebihi Pulau Singapura.
Selesai lawatan ke Pulau Samosir kami bergerak pula ke Berastagi. Pemandangan sewaktu ke Berastagi lagi indah. Sayang rasanya untuk meninggalkan tasik ini. Perjalanan ke Berastagi memakan masa lebih kurang 4 jam. dalam perjalanan kami singgah di satu kawasan yang dipanggil Simanarjunjung. Lebih kurang macam tu lah bunyinya. itupun kalau tak silap akulah. kat sini terkenal dengan teh halia dan goreng pisang panas. Bukannya nak makan pun tapi apabila direkemen oleh Pak Supir kami berempat pun mencubanya. Teh Halia biasalah kan, tentu semua tahu rasanya macam mana, pahit dan kelat. Goreng pisang tu oklah. sambung perjalanan kami singgah pula di satu kawasan yang juga cukup terkenal iaitu Air Terjun Sipiso-piso.
Air terjun ini mempunyai ketinggian lebih kurang 360 kaki dan terletak pada ketinggian 800 meter dari paras laut. Yang uniknya air terjun ini seakan-akan keluar dari perut bumi. Kat sini banyak gerai-gerai yang menjual cenderahati. Kedai makan tak berapa sangat, dan kalau korang nak makan pun rasanya tak berapa kene sangat dengan selera kita orang Malaysia.
Akhirnya kami tiba di pekan Berastagi lebih kurang jam 5 petang. sebelum check in bilik kami sempat singgah shopping dulu kat pekan ni. banyak jugak isteriku habis duitnya kat sini. Kami juga sempat merasa naik kuda pusing-pusing kota di sini. Malam itu kami tido di hotel Green Plaza. Pada aku kat pekan Berastagi ini tak ader apa sangat yang menarik. Aktiviti kat sini cuma shopping kat pekan dia tu sahaja dan sebelah malamnya dah kurang orang dan kedai pun kurang yang buka. Yang menariknya kawasan ini sejuk macam Cameron Highlands. Bagi penggemar Gunung kat sini ada 2 buah gunung yang sentiasa didaki oleh para pelancong iaitu Gunung Sibayak dan Gunung (maaf tak ingat apa nama satu lagi ni).
Esoknya perjalanan diteruskan lagi ke Kota Medan. Perjalanan ke Medan ada beberapa bende yang menarik yang boleh di kongsi di sini. Antaranya penumpang bas yang berada di atas bumbung bas sewaktu bas bergerak, Kelawar yang di jual di tepi-tepi jalan. katanya untuk dijadikan ubat. Satu lagi ialah istilah "K1" dan "K2". "K1" ialah kod bagi anjing dan istilah "K2" kod bagi B#^*". Sebelum menghampiri kota Medan kami singgah pula di ladang ternakan Buaya persendirian yang terbesar di Asia. Dikatakan di sini mempunyai stok simpanan buaya melebihi 2000 ekor.
Di Medan kami menginap di hotel Garuda Plaza. Kat sini menginap selama 2 malam. pakej dengan Pak Supir tamat sehingga dia menghantar kami di hotel ini sahaja. Kat Kota Medan ini kami jalan pusing-pusing hanya menggunakan apa yang dipanggil becak atau teksi motor.
Di kota Medan banyak tempat yang boleh dilawati. Antaranya pasar Ikan yang banyak menjual kain-kain dan perhiasan rumah. Kat sini kemeriahannya dari pagi sampai petang. Kalau bawak duit sikit pasti rasa menyesal nanti apabila tiba di Malaysia. Antara tempat lain ialah Medan Mal, Istana Maimon, Masjid Raya dan beberapa tempat lagi untuk shoping terutamanya untuk kaum Hawa.
Pengalaman di kota Medan ini memang sukar dilupakan. kalau difikirkan keindahan tasik Danau Toba memang hati berkata ingin datang lagi suatu masa nanti. Tapi apabila difikirkan terpaksa menempuh perjalanan yang lama dengan menaiki Kijang terasa tak mau datang dah. Cukuplah sekali. Namun hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, baik dok negeri sendiri lagi kan. Kat Malaysia ni kita rasa bersyukur dikurniakan negara yang aman dan makmur serta rezeki yang melimpah di sini.

8 comments:

zietyrahman said...

salam...sy bercadng hndk ke medan bln 12 ni..klu boleh nk mintak tolong bgtau nombor telefon pak anto dan brapa kos untuk mggunakan perkhidmtn pak anto?

afqh said...

masa saya ke medan tak pergi air terjun tuh
http://afiqah-ariffin.blogspot.com/2011/09/exploring-medan-3.html

linaar said...

Boleh bg no
Contat pak anto nak gi bln 9 ni.. Tq

alialisa kreatif said...

saya pun nak no. contact tour guide tu..nak pergi 1-3 sept 2012 nih..thk u

kayrol said...

sorry la semua, mcm mana leh tak terperasan comment ni, namun kat sini aku sertakan no. guide yg boleh tolong sapa-sapa nak ke medan sampai ke danau toba dan bratagi. Korang contact jer no, ni yer,
Pak Ibrahim Medan : +62811616289

Aryan-Ni Collections said...

salam..
mahal x sewa kenderaan kat sana?leh bagi rate harga tuk sehari x?termasuk driver..tq..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



TIARA TOURS said...

Salam
Melawat ke Medan dan Tasik Toba , sila booking di official agency. Booking in illegal there is a punishment USD 100 in Airport.
Boleh dicuba layanan dari TIARA TOURS, harga sangat murah dan services best. Kami sangat berpengalaman mengurus lawatan lawatan ke Medan, Jakarta, Bandung, Bali dan tempat – tempat menarik lain di Indonesia. Sila contact celular / wa + 62 853 5898 2828 atau hantar email ke : tiaratoursindonesia@gmail.com
Sila click http//www.tiaraasia.com

TIARA TOURS
Jalan Panglima Denai No. 76
Medan. North Sumatera.Indonesia
Tel : + 62 61 - 7 333 845
Fax : + 6261 - 7 333 845
Call Center : +62 81 383 53 50 91
Mobile / WA : +62 853 5898 2828
EMAIL : rajaparhobas@yahoo.com
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
EMAIL : infotiaratours@gmail.com
EMAIL : tiaratours888@gmail.com
SKYPE : VICTOR12126
Facebook : TIARATOURS
Website : www.tiaraasia.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails