Saturday, August 13, 2011

Nurul Ikan Bakar Marin Batu Uban

Nurul Ikan Bakar memang sudah tak asing lagi bagi kebanyakan penduduk sekitar Pulau Pinang. Terletak di tepi lebuhraya Batu Uban berdekatan dengan Markas Polis Marin wilayah Utara.

Tidak susah untuk kesini halakan sahaja kenderaan anda ke kawasan Bayan Lepas melalui jalan tepi pantai dari Gelugor atau Jelutong.Kawasan restoren ikan bakar ini terletak dibahagian sebelah kiri jalanraya tersebut. Jika berkenderaan dari sebelah tanah besar pula, ambil susur kiri apabila keluar dari jambatan dan perlahankan kenderaan dan belok kiri apabila jumpa simpang. Di sini terdapat banyak pilihan restoren ikan bakar.

Sebenarnya restoren Nurul Ikan Bakar memang sudah tak.asing lagi bagi kami berdua, sejak lebih 10 tahun yg lalu jika teringin untuk makan ikan bakar kami berdua akan kesini.

Kali ini kunjugan kami adalah untuk menikmati kenikmatan berbuka di bulan Ramadhan. Skrg ni dok tunggu ikan bakar sampai. Untuk tip kesini pada waktu bulan puasa adalah call dahulu pada sebelah pagi atau tengahari untuk berbuka, jika tidak anda akan kempunan sebab stok habis.

Kat sini untuk memudahkan rakan-rakan semua aku berikan no. Telefon Nurul Ikan Bakar ni, manalah tahu ada dikalanagan korang pulak yg nak berkunjung kat sini nanti. OK ni no dier 012-5625536.

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails