Friday, August 19, 2011

Kenali Golongan Bermusafir.....


Selalu kita dengar perkataan Musafirataupun Bermusafir. Tetapi adakah kita tahu akan maksud dan pengertiaannya yang sebenar. Hari ini aku nak kongsi sikit dari pembacaan aku yang di petik dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin ringkasan dari Ihya' Ulumuddin dan karangan Imam Al-Ghazali. Terdapat beberapa golongan yang tergolong dalam orang yang dikatakan bermusafir.
.
Ketahuilah bahawa setiap orang yang bermusafir atau dalam perjalanan yang mana tujuannya untuk menuntut ilmu pengetahuan atau agama atau untuk mencari rezeki untuk membantu menghidupkan agama maka orang-orang ini tergolong dalam orang yang menuju ke jalan Akhirat. Namun begitu dalam bermusafir seseorang itu perlu menjaga beberapa adab dan syarat yang ada dalam bermusafir, kerana jika adab-adab ini diabaikan maka orang itu tidak lagi tergolong dalam kategori bermusafir.
.
Kali ini mari kita kenal dahulu golongan musafir ini;
.
Golongan pertama.
Bermusafir untuk tujuan menuntut ilmu pengetahuan dan ini kalanya akan menjadi wajib dan sunat. Persoalan ini dapat dilihat dari sudut sama ada suuatu ilmu yang dituntut itu termasuk dalam perkara yang wajib atau perkara yang sunat. Ilmu-ilmu pengetahuan itu pula ada yang bersangkutan dengan ilmu-ilmu keagamaan atau ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan akhlak dan budi pekerti.
.
Golongan kedua.
Bermusafir untuk tujuan menunaikan ibadat seperti mengerjakan ibadah haji dan umrah ataupun peperangan.
.
Golongan ketiga.
Bermusafir bagi mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu agama. Bermusafir seperti ini di kira baik sebab kita lari dari sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan ataupun kemusnahan terhadap diri, masyarakat ataupun agama kita.
.
Golongan keempat.
Bermusafir untuk tujuan melarikan diri dari sesuatu yang membahayakan tubuh seperti penyakit taun. Juga seperti menyelamatkan harta seperti melambungnya harga barangan atau perkara-perkara yang sedemikian.
.
Berikutlah tadi ringkasan dari empat golongan yang terdiri dari kalangan Musafir.
.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
.
"Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir melainkan untuk menuju ke tiga masjid, iaitu Masjid Al-Haram(di Makkah), masjidku ini (di Madinah) dan Masjid Al-Aqsa (di Palestin).
.
Tentang Adab-adab bermusafir nanti akan saya sambung dalam entry yang kedua berkenaan Bab Musafir ini.
Harap menjadi panduan pada semua sempena bulan Ramadhan ni.
Sesungguhnya ilmu yang baik itu, elok untuk kita sebar-sebarkan.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails