Selepas kejayaan Expedisi menawan 7 benua, Muqarrabin sekali lagi akan melakukan satu ekspedisi besar yang dikenali sebagai Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi. Misi ini telah di rasmikan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malayisa, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Ogos 2011 di pejabatnya.
.
Misi tersebut akan bermula pada Oktober ini dan akan berakhir pada Mac tahun depan. Kali ini misinya bukanlah melibatkan ketahanan fizikal tetapi lebih kepada pendakian untuk berkongsi kisah para nabi-nabi terdahulu mula mendaki dan mengenal diri, mencari kekuatan spiritual dan mengenal siapa Tuhannya serta membentuk perwatakan diri.
.
Pendakian ini akan melibatkan 7 buah negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Syria, Turki dan Russia. kali ini Muqarrabin akan membawa bersama 2 orang pendaki muda yang akan dipilih dari kalangan remaja yang berumur 17 dan 18 tahun di samping 12 orang kru penggambaran.
.
Dikatakan juga kos ekplorasi ini berjumlah sekitar RM 1.2 juta. Kos ini sebahagiannya melibatkan kos penggambaran pendakian yang akan dijadikan 30 siri penggambaran untuk siaran TV Nasional.
.
Aku memang respect betul dengan si Qabin ni, Kalau tengokkan badan tu, rasa macam tak percaya yang dia telah berjaya menawan gunung-gunung terhebat kat dunia ni. Tapi inilah yang dikatakan nasib badan. Kalau nak pergi naik dengan kos sendiri mintak maaflah memang tak akan mampu punya. tapi Qabin ni, dia telah berjaya mengumpul dana yang banyak untuk projek-projeknya.
.
Apapun Ahmad Muqarrabin, rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kamu, semoga kamu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menamatkan misi kamu dengan jayanya.











Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, sempurna sudah Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini bagi diriku dan juga isteri. Seperti tahun sebelumnya, aku membayar zakat fitrah di Jusco Bandar Perda. Senang bagi kami di samping pergi shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan kepada Ilahi.




Yang ni masa kat Railey Beach. Masing-masing mencuba untuk panjat Rock Climbing yang ada kat situ...















Log ini merupakan XPDC grup aku pada bulan Mac yang lalu. Grup kami seramai 19 orang dan ditambah dengan grup dari Orang Hutan Malaya seramai 6 orang. Trek bermula dari Kuala Juram.

Di kem yang pertama pada hari pertama. Kem Kor. Hari pertama boleh dikatakan ok sebab trek landai, dengan sedikit mendaki. Kem pertama juga bersebelahan dengan anak sungai, jadi takder masalah air langsung.
Berhenti rehat makan tengahari dalam suasana baru lepas hujan di hari yang kedua. Hari kedua trek agak mendaki. Memang penat jugalah kepala lutut ni.
Hari kedua kami tido pulak di Kem Kubang. Kem ni perit sikit kerana punca air jauh sangat. Terpaksa menapak lebih kurang 500 m untuk sampai ke punca air. Kem Kubang seperti namanya, memang berkubang teruk hari tu. Terpaksa buat kerja lebih sikit untuk bagi selesa kami punya fly.
Bergambar kenangan di hari ketiga pendakian. Hari ni bersemangat semuanya kerana akan mendaki terus ke puncak. Menurut guide, jarang ada pendaki yang tido di puncak. Tetapi perancangan kami hari itu ialah untuk tido di puncak. Macam manalah suasananya yer.

Pandangan dari jarak 1 km sebelum sampai puncak. Kelihatan beberapa ahli grup aku sedang bertungkus lumus mengerah keringat untuk sampai ke puncak.


Akhirbya puncak berjaya kami tawan. Terasa kepuasan di wajah setiap peserta. Apa tidaknya 3 hari mengerah keringat untuk sampi ke puncak. Dahlah beg yang di bawa begitu berat.
Gambar kenangan sebelum start turun dari puncak. Antara ahli grup yang membawa beg Karrimor kecuali sorang tu saja yang dok menyibuk kat tepi sekali...Entah nama entah.....
Antara pendaki tahap tegar, sentiasa di hadapan sepanjang masa. Boss Husaini begitu mantap sekali, tido di puncak pakai T-Shirt sahaja. Sapa boleh lawan.......
Misi tamat, semua berjaya samapai kembali di Kem Sungai Relau. Bergambar kenangan sementara menunggu four wheel Jabatan Perhilitan.