Saturday, August 20, 2011

Amalan Pemakanan Kurma, Elak Penyakit Kronik

Tahukah anda dengan mengamalkan pemakanan kurma setiap hari dapat mengelakkan tubuh badan kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.
.
Ini kerana kandungan zat galiannya seperti potasium, kalsium dan zat besi boleh menyihatkan sel darah merah. Ia juga di kategorikan sebagai sumber pemberi tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah.
.
Kurma juga dapat merangsang kesihatan wanita yang hamil dan menjaga kesihatan bayi yang di dalam kandungan. Ia juga dapat memudahkan wanita untuk bersalin dan memberi tenaga tambahan.
.
Bagi kanak-kanak pula kurma dapat membantu proses tumbesaran dan membentuk minda dan badan yang cergas.
.
Jadi kesimpulannya pemakanan kurma ini eloklah diamalkan berterusan tidak hanya di bulan puasa sahaja. Sama-samalah kita tingkatkan taraf kesihatan diri, anak-anak dan keluarga.

5 comments:

Anonymous said...

makan kurma bagus..tp sy x suka..dr kecik lg x suka mknn kurma..huhu

Iza said...

Assalam...
Kurma memang saya amalkan sepanjang tahun, tak pernah putus hinggakan nama anak pun saya letakkan nama kurma tapi sayangnya, anak saya tak suka makan kurma. Mungkin dah jemu kot makan masa dalam kandungan dulu...hehe..

http://azilas.blogspot.com

Nilam suhana said...

saya makan kurma setiap kali sahur.. huhu.. betul memang bertenaga sangat...:)

kayrol said...

Memang bagus diamalkan setiap hari, badan boleh bertambah cergas

azza_irah said...

abg...
kurma kat umah kita yang banyak ni camna..
pikir kan sesuatu..kek..biskut..?
atau jus kurma..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails